Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) dan Pusat Komunikasi Korporat

 

 

JOM MASUK U 2023 ZON SABAH!!!

 

27 & 28 Mei 2023 (Sabtu & Ahad)

8.30 pagi hingga 5.00 petang

Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah

 

Pelbagai pameran dan acara menarik disediakan, antaranya:

  • Reruai Pameran dan Kaunter
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Aktiviti Bersama Alumni UMS
  • Campus Tour
  • Aktiviti Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS
  • Pertandingan U Got Talent
  • Cabutan Bertuah

 

Masuk adalah PERCUMA.

Jom beramai-ramai hadir ke JOM MASUK U 2023 ZON SABAH!

Jumpa kamurang di sana!!!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Ikuti Majlis Pelancaran My Research System Universiti Malaysia Sabah yang akan berlangsung pada 24 Mei 2023 (Rabu), jam 8.00 pagi di Student Lounge, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, YBhg. Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly.

Anda juga boleh menyaksikan secara penstriman langsung majlis ini di Facebook @Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS dan YouTube @Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari

 

 

Bah! Jom Bayar Yuran Sebelum Peperiksaan Semester.. Jika Tidak anda tidak akan dibenarkan untuk mencetak slip & menduduki peperiksaan semester!
 
”JOM BAYAR YURAN"