Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital UMS 

 

📢 NOTIS PEMAKLUMAN! 📢

PERPINDAHAN LOKASI BAGI RAWATAN REHABILITASI KECEDERAAN TANGAN, MUSKULOSKELETAL (MSK) & BURN


Dimaklumkan bahawa bermula 3 Mac 2025, rawatan terapi bagi kecederaan tangan, muskuloskeletal (MSK - otot/tulang/sendi), serta burn (kelecuran & parut) di Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital Pakar UMS (HUMS) akan dijalankan di lokasi baharu seperti berikut:

📍 Bangunan Plastinasi
(Belakang Bangunan Pusat Rawatan Warga UMS)

Perubahan lokasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan rawatan pesakit di pusat rehabilitasi kami.

🔹 Untuk maklumat lanjut & pertanyaan:
📞 Hotline Rehabilitasi: +6088-329208
📲 Imbas QR Code pada poster untuk navigasi ke lokasi baharu.

Pihak kami juga akan menghubungi pesakit yang mempunyai temujanji untuk memaklumkan tentang lokasi rawatan baharu.

Kami menghargai sokongan anda dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Bulan Ramadan semakin hampir, dan bagi anda yang menjalani rawatan perubatan, adalah penting untuk mengetahui cara mengambil ubat dengan betul tanpa membatalkan puasa. Oleh itu, Pusat Maklumat Ubat (DIS), Jabatan Farmasi, Hospital Pakar UMS telah menyediakan Panduan Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa untuk rujukan anda.

 
📌 Perkara Penting untuk diperhatikan
✅ Pastikan ubat diambil pada waktu yang ditetapkan untuk keberkesanan rawatan.
✅ Gunakan panduan ini sebagai rujukan dan patuhi arahan doktor serta ahli farmasi.
✅ Jika terdapat keraguan tentang pengambilan ubat, sila rujuk kepada Jabatan Farmasi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
 
❓ Ada Pertanyaan?
Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi bagi memastikan ubat yang anda ambil selamat dan sesuai sepanjang tempoh berpuasa.
 
💊 Jaga Kesihatan Anda, Patuhi Rawatan, dan Selamat Berpuasa! 🌙✨
 
#PusatMaklumatUbatHPUMS
#DrugInformationService-DISHPUMS
#JabatanFarmasi
#BulanRamadan
#SelamatBerpuasa
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan infografik berkaitan Pelaksanaan Waktu Berkerja Fleksi (WBF) Bulan Ramadan Tahun 2025 untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 01HB & 02HB MAC 2025
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         01hb – 02hb Mac 2025 (Sabtu - Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Kerja-kerja penyambungan kabel elektrik (kabel bawah tanah)
 
Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan segera untuk melengkapkan penyambungan agihan bekalan elektrik dari dua incomer feeder iaitu di pencawang DKP 2 dan KKTPAR. Kegagalan penyiapan kerja ini akan mengganggu pengoperasian Pencawang Pengagihan Universiti (PPU) 33kV yang Baharu.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.