Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari, UMS
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai pemakluman kepada JAFPIB mengenai tarikh akhir penghantaran laporan pemeriksaan aset alih dan stor UMS iaitu pada 30 November 2021 (Selasa).
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian. Terima Kasih
Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,
Sertai kami lagi dalam Program Terjah Minda Siri 8. Siri kali ini kita akan bersama Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman, Pengarah, Pusat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah yang akan diadakan pada ketetapan berikut;
🗓 : 25 November 2021 (Khamis)
🕝 : 10.00 pagi
Live : FB Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah & FB Universiti Malaysia Sabah https://fb.me/e/1XN0qneMD
#PerpustakaanUMS
#ProgramCintaiIlmu2021
#TingkatkanIlmu
Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi, UMS
YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama menghadiri 'BRI Eminent Speaker Series' yang akan dijalankan secara atas talian mengikut ketetapan berikut:
Tajuk : Biotechnology Outlook & Opportunities
Penceramah : Dr Harcharan Singh (Senior Vice President, Industry Development Division, Malaysian Bioeconomy Development Corporation)
Tarikh : 19 November 2021 (Jumaat)
Masa : 2.30 PM - 3.30 PM (MYT, UTC+8)
Pautan Google Meet : meet.google.com/iqr-rchv-oom
Kehadiran YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan adalah amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian
Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami dengan menekan pautan di bawah atau dengan mengimbas QR-Code pada Flyer yang dilampirkan.
Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Pusat Islam UMS
Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
Yang ikhlas,
PUSAT ISLAM UMS (PIUMS)
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768