Pengumuman Daripada: U-Science UMS

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak U-Science UMS menganjurkan Program STEM4ALL: DIY STEM Exploration seperti ketetapan berikut:-
⭕ Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia.
⭕ Pelajar perlu menghasilkan video kreatif yang bertemakan eksplorasi sains, teknologi, matematik atau kejuruteraan (durasi maksima 5 minit) menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah masing-masing.
🗓️Tempoh : 13 September sehingga 29 Oktober 2021
🔗 Video penerangan Youtube : https://youtu.be/BiwnqtvYlts
🆓Penyertaan adalah PERCUMA.
📚Setiap penyertaan yang lengkap akan mendapat salinan E-Sijil dan Mata Pentaksiran PAJSK
✅ Mudah sahaja kan? Berminat untuk merebut peluang keemasan ini jom sertai program dengan rakan-rakan yang lain!