Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Aturcara Majlis Pelancaran Program DIGITAL UMS 2021 (.pdf)

 

 

 

Sukacita YBhg. Prof./YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah diundang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Program DIGITAL UMS 2021 yang julung-julung kali dianjurkan di Universiti Malaysia Sabah sepanjang bulan Oktober 2021. Majlis Pelancaran Program DIGITAL UMS 2021 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:           

 

Tarikh: 1 Oktober 2021                   

Masa: 8.30 pagi                 

Kaedah: Dalam talian (Webex)

Pautan: https://bit.ly/3AgM3Ug

Dilancarkan oleh: YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah)

          

Kehadiran YBhg. Prof./YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dialu-alukan. Bersama-sama ini juga dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Perhatian dan kehadiran YBhg. Prof./YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

TAKWIM PROGRAM DIGITAL UMS 2021

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

Kepada: Seluruh Kakitangan Dan Pelajar UMS Bukan Warganegara Malaysia

 

Surat Pemakluman Berkaitan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) Tahun 2021 (.pdf)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

YBhg. Prof. Datuk Dr. & YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./ Tuan/ Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk dan surat daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah berkaitan.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Bil. 4/2019 (Ke-151) yang diadakan pada 10 Disember 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memutuskan berkaitan Kertas Makluman Kelulusan YB Menteri Pendidikan Mewajibkan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) kepada Pelajar dan Kakitangan Warganegara Asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai Tahun 2019 seperti yang berikut:

 

Keputusan MM151.IV.7, hal. 66, pada perkara (b):

 

mesyuarat bersetuju (b) mewajibkan Ujian SKBMW kepada semua pelajar dan kakitangan warganegara asing di IPTA yang telah bermastautin selama setahun di Malaysia menduduki Ujian SKBMW mulai tahun 2020. Mereka ini hanya wajib duduki sahaja.

 

3. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan surat pemakluman daripada pihak MPM berserta kalender Ujian SKBMW 2021 yang jelas maksudnya untuk tujuan hebahan kepada semua kakitangan dan pelajar bukan warganegara Malaysia agar mengikuti ujian tersebut bermula tahun ini.

 

Segala komitmen dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Prof. Madya Dr./Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan, UMS

 

 

THE 3RD INTERNATIONAL CONFERENCE ON ECONOMICS (ICE 2021) CALL FOR PAPERS

 

3rd International Conference on Economics (ICE 2021) Organizer: Universiti Malaysia Sabah

Date: 27-28 October 2021 Platform: Online

 

"Marching Forward Post Covid-19 for a Sustainable World Economy: Lessons, Issues and Challenges"

 

OBJECTIVE

The 3rd International Conference on Economics (ICE 2021) offers a platform for discussion of various topics in economics and it focuses on economic issues and challenges in post COVID-

19 and the way forward. This international conference aims to increase awareness and understanding of current issues related to economics and provides the opportunity to build relationship among academicians, practitioners, and policymakers from the private and public sectors across the international community.

 

IMPORTANT DATES

Abstract Submission Deadline: 11 October 2021

Earlybird: 10 September 2021

Full Paper and Camera-Ready Submissions Deadline (Eligibility for best papers): 17 October 2021

 

CONFERENCE TOPICS

International Economics

Environmental and Resource Economics

Law and Economics

Islamic Economics

Financial Economics

Economic Systems

Political Economics

Economic Methodology

Labor Economics

Economic Integration

Economic Policy

Sustainable Development

Growth and Development

Economics

 

Health Economics

 

Applied Economics

Other topics related to economics

 

SUBMISSION

Submission of the abstract and full paper will be via email to Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

CONFERENCE FEE

 

Status

Normal Fee

Earlybird

Malaysian (Presenter)

Non-student

RM300

RM250

Student

RM150

RM100

International (Presenter)

Non-student

USD150

USD140

Student

USD75

USD65

Special Session (Group of 5 presenters/papers)

RM1200

RM1000

Participant

RM50

Additional Paper

RM150 per additional paper

 

KEYNOTE SPEAKER

1. Professor Mansor Ibrahim, The Global University of Islamic Finance (INCEIF)

2. Professor Law Siong Hook, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

INVITED SPEAKER

Professor Dr. Ng Kwan Hoong, Universiti Malaya

* Marie Sklodowska Curie Award

* recipient Merdeka Award

 

JOURNAL PUBLICATION

* All papers will be published in an online proceeding

* Selected papers shall be recommended to be published in either one of the following journals, subject to further review and additional charges from the journals:

1. Jurnal Ekonomi Malaysia (SCOPUS)

2. Journal of BIMP-EAGA Regional Development

3. Malaysian Journal of Business and Economics

4. Journal of Asian Academy of Applied Business

 

FURTHER DETAIL

ICE 2021 Conference Secretariat,

Faculty of Business, Economics and Accountancy,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website:

1. https://ice-ums.org/

2. https://www.ums.edu.my/fpep/en/seminar-and-conference/international- conference-on-economics/ice-2021

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan Portal Konvo (konvo.ums.edu.my) pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 29 September 2021 (Rabu)

Masa: 5.00 petang hingga 8 malam.

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.

Segala kesulitan amatlah dikesali.