Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Pegawai Dihubungi: Encik Ismail Bin Ladama (088-320000 samb.: 103233)

 

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan ini mempelawa kakitangan yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan Bendahari gred Utama C (VU7) di universiti ini.

 

3. Bersama ini disertakan iklan dan panduan permohonan jawatan berkaitan untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti dinyatakan dalam iklan yang disertakan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2021 (Isnin).

 

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian tanpa wayar (WiFi) pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 01 Ogos 2021 (Ahad)

Masa: 10.00 Pagi hingga 2 Petang

Lokasi Terlibat: Rangkaian Tanpa Wayar Kampus Induk, UMS

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan , pengguna rangkaian tanpa wayar (WiFi) Kampus Induk akan mengalami gangguan akses yang melibatkan akses dalaman dan luaran (internet) buat sementara waktu.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.