Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Dato'/ Datuk/YBrs. Profesor/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa pejabat Kluster Penyelidikan Universiti Malaya akan menganjurkan aktiviti secara dalam talian MS Teams seperti berikut:

 

1) Universiti Malaya Centre of Research Sharing Session Series 1/2021, pada 27.7.2021, jam 10 pagi

2) Forum: Challenges & Benefits: Research Centre Journey, pada 29.7.2021, jam 10 pagi

 

Program ini adalah terbuka dan percuma untuk semua. Program adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti pejabat Kluster Penyelidikan Universiti Malaya.

  

Universiti Malaya amat mengalu-alukan penyertaan daripada pihak universiti YBhg. Dato'/Datuk/YBrs. Profesor/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS

 

 

?Jejak Alumni UMS melalui "Live FB Page" Pusat Alumni UMS kembali lagi!!??

Jom ramai-ramai menyaksikan "LIVE" bersama Puvaneswaran Krishnan

pada 21 Julai 2021(Rabu) jam 10 pagi,

 

Alumni UMS tahun 2010 & 2013 daripada

Sekolah Sains Dan Teknologi

 

Topik: "Your Greatest Years is About to come"

 

 

?Terbuka kepada pelajar UMS,  alumni UMS dan orang awam.

 

?MySDP akan diberikan kepada pelajar UMS yg menyertai "Live" ini...

 

#stayconnected

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa pihak JTMK akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan bagi sistem iClaim, Aset, Stor dan TAMS pada ketetapan berikut:

 

Tarikh dan Masa:     19 Julai 2021 (Isnin), 6.00 Petang – 20 Julai 2021 (Selasa), 6.00 Pagi

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, semua akses ke sistem iClaim, Aset, Stor dan TAMS akan ditutup.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.