Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

 

YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan,

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PERPUSTAKAAN (E-RESPON)

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan perpustakaan ingin meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada. Sehubungan itu , mohon jasa baik YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan untuk memberi maklum balas dan cadangan penambahbaikan melalui borang kajian kepuasan pelanggan ini.

 

https://tinyurl.com/8s6xs9z4

 

Kerjasama dan perhatian YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 10hb Julai 2021 (SABTU)

 

Anggaran Tempoh: 5 jam (9:00 pagi- 2:00 petang)

 

Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama UMS.

 

Lokasi yang telibat: Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (Kampung E), Bangunan Pascasiswazah, Bangunan DKP BAHARU (DKP2) dan Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA).

 

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Terima Kasih.