Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah

 

LAMPIRAN: Mesyuarat Agung KESUMBA Kali Ke-24 (.pdf,.docx)

 

 

YBhg Prof/Dr/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-24 (MAT KESUMBA KALI KE-24)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-24 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh         :           16 Julai 2021 (Jumaat)

Masa           :           8.00 pagi-12.30 tengahari

Tempat       :         Secara maya menggunakan platform Webex (Link akan dikemukakan kemudian)

 

3. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang Penamaan Calon Exco Baru KESUMBA, dan borang cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Dk. Masniah Ag. Madaud (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 3 Julai 2021 (Sabtu). Dilampirkan bersama ini Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon untuk tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS

 

PENGENALAN:

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua Kakitangan UMS. Kami, Kumpulan Pengajar/Pensyarah daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS, sedang menjalankan Kajian yang bertajuk “Impak COVID-19 Terhadap Kualiti Kehidupan Kakitangan UMS Semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) dari 18 Mac sehingga 3 Mei 2020". Kajian ini di bawah Skim Dana Khas Grant (SDK) 0262 UMS. Soal Selidik Kajian ini mesti dijawab oleh semua Kakitangan UMS (Pensyarah, Pembantu Staf dan Lain - lain).

Kami dengan rendah diri ingin memohon kerjasama semua pensyarah dan kakitangan sokongan UMS dari Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan untuk meluangkan masa mengisi kaji selidik ini. Terima Kasih.

 

Link:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeijmXEpUkxU58lg29gD-BjbaADsyLcT0YQm_-GDlfbdxvmiA/viewform

 

Dr Yeap Boon Tat

PM Dr Rajesh Kumar Muniandy

Dr May Zaw Soe

Dr Tanveer Hossain Parash

FPSK, UMS

14 JUN 2021