Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Universiti Malaysia Sabah mempelawa pengusaha yang berminat untuk menyewa ruang kafetaria JPP bagi menjalankan perniagaan penyediaan makanan dan minuman.

  • Sila kemukakan permohonan dengan menghantar dokumen berikut ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, JPP:
    • Surat permohonan kepada Pengarah JPP.
    • Borang Spesifikasi Sewaan yang telah dilengkapkan beserta lampiran yang diperlukan. (Imbas Kod QR di dalam poster).
    • Profil dan lesen perniagaan syarikat/pengusaha.
    • Kertas cadangan perniagaan beserta senarai menu dan harga.
    • Penyata bank tiga (3) bulan terkini akaun syarikat/pengusaha.
  • Hantarkan semua dokumen di atas melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 20 Disember 2024.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA)

 

 

Dimajukan bersama ini takwim mesyuarat berkenaan di atas untuk rujukan lanjut pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Dasar dan Senat di talian 088-329066 atau e-mel rasmi: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

 

Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 21 Disember 2024 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)

Yuran: RM50.00 sahaja

 

Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.

 

Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 

https://forms.office.com/r/1F4kTGqWNP