Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Iklan Pengisian Jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Dan Pendaftar Di Universiti Malaysia Sabah
Pegawai Dihubungi: Encik Ismail Bin Ladama (088-320000 samb : 103233)

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan ini mempelawa kakitangan yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) gred Utama B (VU6) dan Pendaftar gred Utama C (VU7) di universiti ini.
  2. Bersama ini disertakan iklan dan panduan permohonan jawatan berkaitan untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti dinyatakan dalam iklan yang disertakan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2020 (Selasa).

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

Iklan TNCAA UMS 2020 (.pdf)

Iklan Pendaftar UMS 2020 (.pdf)

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pemakluman Pembatalan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Universiti Awam Bagi Tahun 2020

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1.  Untuk makluman pihak tuan/puan, Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Universiti Awam (UA) yang telah dijadualkan akan diadakan pada 29 Julai 2020 adalah dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.
  2.  Bersama-sama ini dikemukakan surat pemakluman pembatalan peperiksaan tersebut daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak urusetia, Encik Mohd Nizam Bin Abd Muttalib ditalian ext : 103337 atau 0138554373.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan mengenai perkara ini amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Pemakluman Pembatalan Peperiksaan BITK Bagi Tahun 2020 (.pdf)