Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN (PENGAMBILAN KEDUA) MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA DAN PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU BAGI TAHUN 2025

Salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan dan bukan kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak bagi mengikuti program yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari, UMS Kota Kinabalu.

  1. Tarikh permohonan dibuka bermula pada 02 Disember sehingga 06 Disember 202 Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam poster iklan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600.

Sekian, terima kasih.

PUSAT MINDA LESTARI

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

TAHUKAH ANDA ❓❓
 
TIDAK banyak negara yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.
 
Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”.
 
Oleh itu, potongan cukai berjadual (PCB) boleh ditukar kepada potongan zakat berjadual tanpa melibatkan komitmen tambahan pencarum.
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara dalam talian, Sila hubungi:
 
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

 

SENARAI NAMA KANAK-KANAK YANG DITERIMA MENGIKUTI PROGRAM DI PML BAGI  SESI KEMASUKAN TAHUN 2025 (PML KK)
SENARAI NAMA KANAK-KANAK DITERIMA MENGIKUTI PROGRAM DI PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2025 (PML SANDAKAN)

 

KEPUTUSAN PERMOHONAN YANG BERJAYA MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU DAN PUSAT MINDA LESTARI DI FAKULTI PERTANIAN LESTARI, UMS SANDAKAN BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2025

Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan dan Kemasukan Kanak-kanak/Murid PML Bil. 01/2024 yang telah bersidang pada 22 November 2024 telah meluluskan permohonan mengikuti program di Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah bagi sesi kemasukan tahun 2025 seperti di lampiran.
  2. Sehubungan itu, pemohon boleh membuat semakan surat tawaran dan makluman pendaftaran bagi sesi 2025 bermula 2 Disember 2024 di pautan https://pml.ums.edu.my, log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan active directorykakitangan masing-masing.

Sekian dan terima kasih.

PUSAT MINDA LESTARI