Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Pengumuman Bagi Para Pelajar Untuk Mengemaskini Data Akaun Pelajar Dalam Sistem SMP

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembayaran bantuan one-off sebanyak RM200 kepada pelajar Universiti Awam (UA) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Kerajaan mencadangkan peruntukan ini diberikan kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi dan akan dibayar pada bulan Mei 2020.

Untuk makluman, bantuan ini dipertimbangkan untuk pelajar Warganegara Malaysia yang berstatus aktif atau berdaftar pada semester  2-2019/2020.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari memohon agar pihak tuan/puan dapat melengkapkan maklumat peribadi dalam Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (https://smp.ums.edu.my/ ) untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti berikut:

Þ    Nama Bank        

Þ    No. Akaun Bank

Þ    No. Telefon

Þ    Alamat e-mel

Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai untuk melengkapkan maklumat tersebut selewat-lewatnya pada hari rabu, 8 April, 2020, jam 10.00 pagi agar dapat dikemukakan kepada pihak kementerian pada hari yang sama.

Pelajar yang gagal mengemaskini maklumat berkaitan akan mengakibatkan Bantuan One-Off RM200 ini tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Sembang Santai Kumpulan Pelaksana Bersama En. Masri Bin Judah

Permohonan kursus boleh mohon dalam sistem MyIDP. Permohonan sehingga 7 April 2020 (Selasa). Terhad untuk 150 orang sahaja.

Cara untuk memohon kursus adalah seperti berikut:

Masuk URL tersebut: https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login

Cari Menu MyIDP -> Tindakan Individu -> Permohonan Kursus Anjuran Dalaman -> Cari tajuk kursus yang ada mahu sertai dan Mohon Kursus -> Selesai

p/s: Setiap peserta perlu install Apps ZOOM Cloud Meeting untuk menyertai kursus tersebut.

Terima kasih

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Sembang Santai Bersama Cik Norti Hj Sirin

Permohonan kursus boleh mohon dalam sistem MyIDP. Permohonan sehingga 12 April 2020 (Ahad). Terhad untuk 150 orang sahaja.

Cara untuk memohon kursus adalah seperti berikut:

Masuk URL tersebut: https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login

Cari Menu MyIDP -> Tindakan Individu -> Permohonan Kursus Anjuran Dalaman -> Cari tajuk kursus yang anda mahu sertai dan Mohon Kursus -> Selesai

p/s: Setiap peserta perlu install Apps ZOOM Cloud Meeting untuk menyertai kursus tersebut

Terima kasih