Pengumuman daripada: Jabatan Pendaftar
 
Subjek: Semakan Status Permohonan Jawatan Pentadbiran
 
Adalah dimaklumkan bahawa status permohonan jawatan pentadbiran telah dikemaskini dalam sistem HROnline v4.0. Sehubungan dengan itu, semua pemohon boleh menyemak status permohonan di menu Ejobs. Sekiranya status permohonan anda adalah diluluskan, sila klik di bahagian Temuduga untuk muat turun surat jemputan ke ujian kompetensi yang akan diadakan pada hari Jumaat ini (24 Januari 2020).

Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran  & Informatik

Subjek: Jemputan Ke FKI IR4.0 2nd Public Lecture Series 2020 - IR4.0 and Smart Healthcare

Fakulti Komputeran & Informatik akan menganjurkan FKI IR4.0 Public Lecture Series 2020- IR4.0 and Smart Healthcare.. Program kali-2 akan bermula seperti pada ketetapan berikut

Tarikh: 05 Feb 2020 (Rabu)

Masa: 10.00am-12.00pm

Lokasi: Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

  1. Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati untuk menjemput semua warga UMS  untuk hadir ke program tersebut. Pra pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini: https://forms.gle/8PqA7p9ej4otQUsk6

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi talian sambungan 613708/613710. Segala kerjasama dan usaha mewar-warkan program ini di peringkat JFPIB  YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

 

Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-

 

25 - 26 Januari 2020

-

Tahun Baru Cina (Sabtu & Ahad)

27 Januari 2020

-

Cuti Ganti Tahun Baru Cina (Isnin)

 

   Pihak Perpustakaan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua Warga UMS yang meraikannya.

 

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

 

  http://ums.edu.my/library

atau ezproxy.ums.edu.my/login