Pengumuman daripada :  Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Subjek: Makluman Penutupan Sementara Sistem Kehadiran Universiti (STARS)
 
TUJUAN : MEMBAIKPULIH MASALAH TEKNIKAL SISTEM STARS
 
OBJEKTIF :
1. Mengenalpasti punca masalah sistem.
2. Membaiki sistem.
2. Mengemaskini pangkalan data sistem.
 
TARIKH : 1 - 3 November 2019 (Jumaat - Ahad)
 
Sepanjang tempoh pembaikan sistem, kakitangan tidak perlu merekod masa masuk dan keluar (clock in/out)
 
Semua ketidakpatuhan yang berlaku pada hari ini (1 Nov 2019) akan terbatal secara automatik.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Hayati Salleh Baihaki (ext 1437)
Mohd. Azwan Alleh (ext 1720)
Mohamad Hamizi Mahmood (ext 1088)
Patricia Jospeh (ext 1508)

Sekian Terima Kasih.

Pengumuman daripada: Perpustakaan

Subjek: Senarai Keratan Akhbar Terkini Dalam UMS Institutional Repository Siri 27/2019

Bil

 

Tarikh

Tajuk Akhbar

1.     

Gen-Z: Menguasai Pembelajaran Teradun dalam Memenuhi IR.4.0

31.10.2019

New Sabah Times

2.     

 RM10 juta peruntukan Penyelidikan UMS tahun hadapan

26.10.2019

Sabah News Today

3.     

UMS: Malaysia's first must- visit Eco-Campus

26.10.2019

New Sabah Times

4.     

UMS tandatangan LoI bersama CILTM

25.9.2019

Utusan Borneo

5.     

Yayasan Felda and UMS sign Letter of Intent for English course

24.10.2019

New Sabah Times

6.     

Bicara buku perkenal karya baharu kepada masyarakat

30.9.2019

Utusan Borneo

7.     

German scientists to harvest sole surviving sumatran rhino's eggs

30.9.2019

Daily Express

8.     

'Healthy heart run' tingkat kesedaran bahaya penyakit kardiovaskular

30.9.2019

Utusan Borneo

9.     

IUC wakil Malaysia ketengahkan muzik kontemporari Sabah

28.9.2019

Utusan Borneo

10.  

Pasukan robotik UMS pemenang ketiga pertandingan u-rock 2019

26.9.2019

New Sabah Times

11.  

Pencipta 2019, UMS cemerlang dengan 5 emas, 5 perak dan 2 gangsa

25.9.2019

New Sabah Times

12.  

PPIB UMS anjur Hari Haiwan Sedunia 2019

28.9.2019

Utusan Borneo

13.  

Tangau calls on KDM community to protect the language

29.9.2019

New Sabah Times

14.  

UMS anjur bicara buku perkenal karya baharu pada masyarakat

28.9.2019

New Sabah Times

15.  

60 Pemeriksa Aset UMSKAL hadiri Taklimat Pemeriksaan Tahunan Aset Alih

29.9.2019

Utusan Borneo

16.  

400 peserta jayakan Program Wacana Fatwa Muamalat

27.9.2019

Utusan Borneo

17.  

Futsal perkukuh jalinan SJA dan UMS

30.9.2019

Utusan Borneo

18.  

Pelihara Bahasa Kadazandusun, Tangau

29.9.2019

Daily Express

19.  

Sabah fifth state to recognize UEC

30.9.2019

New Sabah Times

20.  

UMS tandatangan Lol bersama CILTM

25.9.2019

Utusan Borneo

 

Pengumuman Daripada:  Jawatankuasa Kerja Pembangunan Laman Web Baharu UMS

Subjek: Soal-Selidik Pembangunan Laman Web Baharu UMS (Paparan Maklumat)

Warga UMS yang dihormati,

Soal selidik ini dijalankan bagi menganalisis keberkesanan proses penyaluran dan penyampaian maklumat (kandungan dan proses kerja) yang dipaparkan dalam laman web UMS ke arah menghasilkan satu laman web baharu yang lebih menarik, bermaklumat dan mudah dicapai. Sehubungan itu, mohon agar warga UMS sama-sama dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal-selidik yang terdapat pada link https://forms.gle/GW42UDnbVNLQWZP27 . Soal Selidik ini akan berakhir pada hari Rabu, 6/11/2019.

Penyertaan anda dalam soal-selidik ini sangat dihargai.

Terima kasih.

Dr. Jakaria Dasan

b.p. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Laman Web Baharu UMS

Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

Subjek: Tawaran Arturo Falaschi PhD Fellowships dan Arturo Falashi PhD Fellowship International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

 Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas .

Untuk makluman Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan , Malaysia merupakan negara anggota International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). Sebagai ahli, Malaysia akan mendapat beberapa faedah daripada ICGEB melalui aktiviti dan program yang dianjurkan setiap tahun.  Justeru itu, sukacita Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memanjangkan aktiviti dan program fellowships yang ditawarkan oleh ICGEB kepada organisasi/agensi/institutisi Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertainya.

Bersama-sama ini disertakan risalah berkaitan program fellowships yang ditawarkan untuk perhatian dan  rujukan pihak  Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Selain itu, maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh juga dicapai melalui laman sesawang rasmi seperti berikut:

  • Arturo Falaschi PhD Fellowships:

https://www.icgeb.org/activities/fellowship/guidelines-and-application-form-arturo-falaschi-phd-fellowships/

  • Arturo Falaschi Postdoctoral Fellowships

https://www.icgeb.org/activities/fellowship/guidelines-and-application-form-arturo-falaschi-postdoctoral-fellowships/