PENGUMUMAN DARIPADA: KLUSTER EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UMS
SUBJEK: GARIS PANDUAN TERKINI EKSA JILID 6   

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Garis Panduan EKSA Jilid 6 telah dikemaskini mengikut perubahan dan kesesuaian semasa universiti yang telah dikemaskini pada 16 Julai 2019 (Selasa). Pengemaskinian yang telah dilakukan adalah seperti berikut :

Pelaksanaan Amalan EKSA

Struktur Amalan EKSA Mengikut Pecahan Bahagian

Ø  Bahagian 5

Ø  Bahagian 6

Komponen B : Ruang Kerja Dan Tempat Kerja

Penyeragaman EKSA (Kekemasan dan Kebersihan)

Ø  Perhiasan di ruang kerja kubikal maksimum 5 item sahaja.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Ketua Bahagian agar dapat memastikan tatacara EKSA mengikut Garsi Panduan EKSA UMS yang telah diberikan. Dilampirkan Garis Panduan EKSA Jilid 6 untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

Subjek:  Permohonan dan Pelaporan Secara ONLINE Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Bermula pada tahun 2019, permohonan-permohonan dan pelaporan hendaklah dibuat secara online menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) (ppi.ums.edu.my) seperti berikut:

 

  • Permohonan pelanjutan tempoh projek penyelidikan;
  • Permohonan perubahan skop projek penyelidikan;
  • Permohonan pertukaran / pertambahan ketua penyelidik / ahli penyelidik; dan
  • Laporan kemajuan / akhir projek penyelidikan.

 

Dilampirkan bersama ialah USER MANUAL untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.