Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Borang Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral
Garis Panduan Penyelidik Pasca Doktoral
 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
HEBAHAN PENGAMBILAN PENYELIDIK PASCA DOKTORAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2025
 
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang UMS/PPP/PD/BR1 seperti yang telah dilampirkan.
 
Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pejabat Pusat Pengurusan Penyelidikan secara serahan tangan selewat-lewatnya 23 Mei 2025 (Jumaat).
 
Disertakan Garis Panduan Penyelidik Pasca Doktoral Universiti Malaysia Sabah (Pindaan 4) Tahun 2025 sebagai rujukan.
 
Sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik Pusat Pengurusan Penyelidikan, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari

 

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN PEROLEHAN BAGI TAHUN 2025
 
Bersama ini dimajukan makluman tarikh akhir permohonan perolehan bagi tahun 2025. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari di talian 088-320000 (samb: 200516)/ email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Terima kasih
 
Bahagian Pengurusan Perolehan, 
Jabatan Bendahari
 
Tarikh dikeluarkan: 7 Mei 2025

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)

 

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada surat daripada Jabatan Pendidikan Tinggi 30 April 2025 dengan nombor rujukan JKPT(A)1000/021/006/06 Jld. 2(4) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah dijenamakan kepada Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Sehubungan dengan itu, mohon YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengambil maklum dan menggunakan nama baharu fakulti dalam sebarang urusan rasmi Universiti.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 
 
Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan PPP, mohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan PPP dengan mengimbas kod QR  yang dipaparkan atau melalui pautan berikut: https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=207&key=PPP.
 
Terima kasih.