Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG BANTUAN ZAKAT PELAJAR
 
Sukacitanya Pusat Islam mewakili pihak Universiti Malaysia Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi yang menyumbang kepada bantuan zakat pelajar asnaf UMS iaitu Bahagian Zakat & Fitrah-Majlis Ugama Islam Sabah (BZF-MUIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Syarikat Perumahan Kinrara Berhad, Ambank, Bank Islam, Syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS), dan Maybank.
 
Semoga agihan sumbangan zakat ini mampu meringankan bebanan pelajar dan membantu membangunkan taraf ekonomi asnaf UMS
 
#zakatmembawaberkat
#membangunbersamaasnaf
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEGERA KECEMASAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 18HB NOVEMBER 2024
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan segera bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
         Tarikh         :         18hb November 2024 (Isnin)
         Masa           :         5.00 Petang sehingga 7.00 Petang
         Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
         Tujuan        :         Kerja-kerja pemeriksaan kabel elektrik (kabel bawah tanah)
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 
Sekian, harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan UMS

 

Akta Biokeselamatan 2007

 

  1. Pemakluman kepada semua penyelidik utama yang menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang melibatkan organisma yang diubah suai secara genetik (GMO) atau organisma hidup terubah suai (LMO) di UMS terutamanya yang melibatkan Bioteknologi Moden.

 

  1. IBC, UMS ditubuhkan secara khusus (tetapi tidak terhad) bagi menilai semua projek penyelidikan yang melibatkan GMO/LMO yang telah dijalankan di UMS, sedang dijalankan atau dirancang untuk dijalankan.

 

  1. Oleh yang demikian, penyelidik perlu mendaftar terlebih dahulu di Borang Google untuk aktiviti melibatkan penghasilan organisma yang diubah suai secara genetik (GMO) atau organisma hidup terubah suai (LMO) bagi tujuan IBC, UMS menjalankan saringan aktiviti yang didaftar. Pautan Google form untuk daftar aktiviti seperti berikut:

https://bit.ly/3AhTImD

 

  1. Pihak IBC, UMS akan memaklumkkan segera kepada penyelidik dan membantu penyelidik sekiranya aktiviti yang didaftarkan perlu melengkapkan borang-borang yang berkaitan. Borang yang lengkap perlu dikemukakan kepada IBC, UMS untuk penilaian.

 

  1. Borang-borang yang telah dinilai akan dimajukan kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK)/National Biosafety Board (NBB) di bawah Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi mendapatkan kelulusan.

 

  1. Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web
  2. Laman web IBC, UMS https://www.ums.edu.my/ipbv2/index.php/research2/biosafety/institutional-biosafety-committee-ibc-ums
  3. Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

https://www.biosafety.gov.my/en/perkhidmatan/permohonan-kelulusan-uji-kaji-lapangan/

https://www.biosafety.gov.my/en/perkhidmatan/pemberitahuan-kegunaan-terkawal/

 

  1. Panduan pengguna mengenai biokeselamatan berkaitan dengan GMO/LMO, termasuk Bab 4 (mengenai Pengecualian) :

https://www.biosafety.gov.my/info-korporat/undang-dan-dasar/

 

  1. Sehubungan itu, di bawah Akta Biokeselamatan Malaysia 2007 (Akta 678), penyelidik utama dan Institut yang gagal mematuhi Akta 678 boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:
  2. Penalti kepada individu sehingga RM250,000 dan/atau penjara tidak melebihi 5 tahun (Seksyen 26, bahagian a)
  3. Penalti kepada perbadanan korporat (dalam hal ini, UMS) tidak melebihi RM500,000 (Seksyen 26, bahagian b)
  • Sitaan dan penutupan premis (Seksyen 44).

 

  1. Untuk maklumat lanjut, emailkan kepada IBC, UMS di alamat email seperti berikut:
  • Prof. Dr. Vijay Kumar FASc Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Prof. Madya Dr. Kenneth F. Rodrigues  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Salmi Afidah Shabuddin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

🔊Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh bagi pemprosesan data Maklum Balas Penyampaian Kursus Pelajar (MPKP) akan dilaksanakan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh pengisian borang e-LNPT Akademik tahun 2024. Tarikh-tarikh pemprosesan adalah seperti berikut:
 
1. 20 Disember 2024 - Pemprosesan data kali pertama
2. 10 Januari 2025 - Pemprosesan data kali kedua
3. 1 Mac 2025 - Pemprosesan data kali ketiga
 
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENSYARAH
Pensyarah adalah DIINGATKAN untuk memastikan semua pelajar masing-masing mengisi dan melengkapkan borang MPKP sebelum 20 Disember 2024 sekiranya ingin skor PK07 (Delivery of Lectures) dijana dalam pemprosesan pertama.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UMS.
 
Sekian, terima kasih.