PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SUBJEK: AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) OHSAS 18001:2007 DAN MS 1722:2011
 
Pegawai Dihubungi:
 
Pn. Armawaty Natasha Binti Abdul Rahman
No. Telefon: 088 320 000 (1151)/ Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Pn. Ah Lin Ginol
No. Telefon: 088 320 000 (1857)/ Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
 - Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP)
   OHSAS 18001:2007 dan MS 1722:2011
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Dimaklumkan Audit Dalam bagi SPKKP (OHSAS 18001:2007 dan MS 1722:2011) akan berlangsung pada 8 April 2019 sehingga 10 April 2019 di JFPIU berikut:
 
       a) Perpustakaan
       b) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
       c) Fakulti Sains dan Sumber Alam
       d) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 
       e) Pusat Islam UMS
       f)  Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
       g) Pusat Pengurusan EcoCampus
       h) Pusat Minda Lestari
       i)  Institut Penyelidikan Bioteknologi
       j)  Pejabat Canselori
       k) Bahagian Audit Dalam
 
3.    Untuk makluman, Audit Dalam ini adalah sebagai pemantauan pematuhan kepada SPKKP sekaligus sebagai persediaan ke arah Pensijilan Semula SPKKP. 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK : KELAS “JOM NGAJI”– ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS menganjurkan kelas tersebut di atas pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh             : Bulan Mac – November 2019
Hari                 : Setiap Selasa dan Khamis
Masa               : 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat            : Bilik Kuliah 2, Bangunan Pusat Islam UMS
Yuran              : Kakitangan/Orang Awam    : RM35.00/sebulan
                          Pelajar UMS                        : PERCUMA
 
3.       Untuk makluman, penyertaan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat sekitar UMS. Sehubungan dengan itu, kerjasama  YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
 
4.       Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan melalui link https://goo.gl/forms/Ny4LdRYoggEsibVq1 untuk mengisi borang secara atas talian. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah berhubung dengan Ustazah Noor Fazelah Salimin di talian pej.: 088-320000 - Samb. 2740 atau No. h/p.: 016-8655694.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM
SUBJEK : KEM MATEMATIK PERDANA 2019
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) dengan kerjasama Persatuan Himpunan Ilmuan UMS (HiUMS) dan Persatuan Matematik dan Grafik Berkomputer Sabah akan menganjurkan Program Kem Matematik Perdana pada 5 hingga 7 April 2019 untuk daerah Tuaran bertempat di SMK Taman Ria Tuaran.
Program ini merupakan program tahunan FSSA dan merupakan program kali ke-7 sejak tahun 2012. Antara objektif program ini adalah untuk merevolusi matematik sebagai prakarsa dalam memacu transformasi negeri dan negara dapat dicapai di samping membantu pelajar-pelajar di sekitar daerah Tuaran untuk melihat bahawa Matematik adalah tools dalam kehidupan.  Tema Program Kem Matematik Perdana pada tahun 2019 adalah “Revolusi Matematik Pemacu Transformasi Negara”