Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

HEBAHAN UNTUK PENGHANTARAN KERTAS CADANGAN BAGI GERAN YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN 

Tema:  Penemuan Kutub, Aplikasi Tropika: Membentuk Masa Depan Lestari Malaysia Melalui Penyelidikan Kutub
 
Permohonan dibuka dari 𝟏𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 hingga 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟓 dan hanya boleh dihantar secara dalam talian melalui https://rssypasm.mysa.gov.my/. Sila rujuk laman web YPASM di https://www.ypasm.my/call-for-proposal-2025/ untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini dan cara memohon. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Pemakluman Kerosakan Speaker Menara Masjid UMS
 
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 
Salam hormat kepada seluruh jemaah Masjid & warga UMS.
 
Makluman bahawa terdapat kerosakan speaker menara Masjid UMS setelah pemeriksaan dibuat bersama kontraktor :
1. Speaker menghala DKP 2/ FPSK
2. Speaker menghala FSMP/ 1Borneo
 
Pihak Pusat Islam cuba memperbaiki kerosakn tersebut dengan kadar segera. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi HUMS
 
 
 
Kempen #MedSafetyWeek bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pelaporan kesan sampingan ubat dan vaksin. Kempen tahunan peringkat global ini melibatkan 90 buah negara 🌏 dengan tema  "Preventing Side Effects".
 
Bersempena dengan Kempen #MedSafetyWeek 2024 mari ketahui 🕵🏻
📢 Tanda & Gejala Alahan Ubat/Vaksin yang Anda Perlu Tahu! 💉💊
 
Tahukah anda bahawa alahan terhadap ubat/vaksin boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa? Kenali tanda-tanda dan gejala awal supaya anda boleh bertindak segera! 🔍
 
🚑 Jika anda atau orang sekeliling mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda alahan ubat/vaksin selepas mengambil ubat/vaksin, anda boleh #LaporKesanSampingan melalui ahli farmasi atau doktor anda atau secara terus ke NPRA (www.npra.gov.my).
Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa!
 
Jom sama-sama bantu kami menjadikan ubat dan vaksin lebih selamat bagi semua!
 
#MedSafetyWeek
#MedSafetyWeekMY
#LaporKesanSampingan
#CegahKesanSampingan
#PreventSideEffects
#ReportSideEffects