PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: PENJENAMAAN SEMULA JABATAN (PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti  (PBPU) melalui mesyuaratnya  yang bersidang pada 04 September 2018 telah bersetuju meluluskan cadangan penjenamaan seperti berikut:
 
NAMA PUSAT TERDAHULU
NAMA BAHARU
PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
 
Sehubungan itu, sebarang urusan surat menyurat hendaklah mengguna pakai nama baharu seperti yang dinyatakan di atas.
 
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Subjek: Program Seminar Pencegahan Kanser di Tempat Kerja dan Kempen Derma Darah
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Sabah Occupational Safety Health and Environment Assocation (SOSHEA) akan mengadakan program Seminar Pencegahan Kanser Di Tempat Kerja dan Kempen Derma Darah.
 
 
 

Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Kluster KIK UMS
Subjek: KIK & Health Awareness Run 2018
 
Jawatankuasa Kluster KIK UMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga UMS yang telah mendaftar untuk menyertai KIK & Health Awareness Run 2018, bersempena dengan bulan KREANOVA UMS 2018.
 
Adalah dimaklumkan bahawa kutipan race kit akan dilakukan dalam dua (2) sesi kutipan seperti ketetapan berikut:
 
 
 
Kutipan Pertama
Kutipan Kedua
 
Tarikh
 
4 Oktober 2018, Khamis
5 Oktober 2018, Jumaat
Masa
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.00 petang – 4.00 petang
9.00 pagi – 11.00 tengah hari
2.00 petang – 4.00 petang
Tempat serahan
 
Pejabat Makmal Pusat, Tingkat Bawah, Blok B,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS
 
 
AJK dihubungi
 
1.    Pn. Artini Astri Matdam (016 – 637 0596)
2.    En. Effandy Mohd Hatta (013 – 275 5967)
Maklumat tambahan
Pemberian resit adalah berdasarkan permintaan. Sekiranya anda memerlukan resit, mohon maklumkan kepada AJK sebelum kutipanrace kit.
 
 
Bersama ini disertakan peta laluan, tentatif dan senarai jawatankuasa terlibat dalam penganjuran KIK & Health Awareness Run 2018 ini sebagai rujukan.
 
Healthy body. Healthy Mind. Be creative.