Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek: Pembukaan Permohonan Untuk Mendapatkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2018
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2018 bakal dibuka.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Penyelidikan,http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx  dan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
 
Tempoh Pengisian Permohonan dalam Sistem Maklumat Penyelidikan
Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPI
Tempoh Penilaian Permohonan oleh Jawatankuasa Induk UMSGreat
11  Ogos –
8 September 2018
10 – 19 September 2018
20 – 28 September 2018
 
Dilampirkan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense). Untuk maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808 / 613825.
 
Sekian, terima kasih. 
 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari, UMS
Subjek: Program Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak Anjuran Bersama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (Pelatih Jururawat Kesihatan Awam) Dan Pusat Minda Lestari
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (pelatih Jururawat Kesihatan Awam) dengan kerjasama Pusat Minda Lestari akan mengadakan PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN KANAK-KANAK.
 
Untuk makluman mata IDP akan diberikan kepada kakitangan UMS yang akan menghadiri program ini.
 
 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Jabatan Pendaftar
Subjek: Awareness MS ISO