PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN MERCK 350 RESEARCH GRANT
 

 

 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, MERCK adalah merupakan sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan performance materials. Bersempena dengan  majlis ulang tahun ke-350, MERCK ingin  menawarkan satu siri geran penyelidikan bagi memupuk penyelidikan inovatif dalam bidang-bidang mencabar untuk kepentingan masa depan.
 
3.   Untuk maksud tersebut, MERCK berhasrat untuk menyediakan beberapa geran penyelidikan yang bernilai sehingga EUR350,000 setahun bagi tempoh tiga (3)  tahun dalam beberapa bidang yang ditawarkan dengan pilihan pelanjutan atau pengembangan projek.
 
4.   Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menghantar permohonan geran penyelidikan tersebut.  Tarikh tutup permohonan (secara online) adalah sebelum 15 Ogos 2018 (Rabu). Disertakan bersama ialah dokumen berkaitan seperti di lampiran untuk rujukan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK: SOAL SELIDIK: TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BAHAGIAN/JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI AWAM
 
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:
1. INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH – 5144
2. INSP/PB MASSALINRI BIN MOHD. TAHIR – 1786
3. SM/PB YUZRI BIN JANIN - 5139
 
YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
1.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan keselamatan yang disediakan oleh Universiti Awam.
 
2.     Sehubungan itu, dengan penuh takzim, dijemput seluruh warga Universiti Malaysia Sabah untuk menilai perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Keselamatan UMS dalam usaha memastikan perkhidmatan keselamatan yang terbaik diberikan kepada warga universiti.
 
3.     Pihak YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan boleh mengisi borang soal selidik yang dibuka sehingga 31 Julai 2018 dengan melayari pautan berikut:
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN KUALITI AKADEMIK
SUBJEK: KAJIAN PELAKSANAAN i-CGPA DI UMS
 
Kajian ini dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA) untuk mendapatkan maklumbalas dari semua pensyarah UMS berkaitan pelaksanaan i-CGPA, bagi tujuan penyediaan pelaporan secara terperinci kepada pihak Pengurusan Universiti.
 
Sehubungan itu, kerjasama semua pensyarah UMS amat dialu-alukan untuk memberikan maklumbalas terhadap kajian ini.
 
Link: