Pengumuman Daripada: UNIT PENGURUSAN CUKAI DAN GST, JABATAN BENDAHARI
Subjek: Pengunaan Nama dan Alamat Universiti Malaysia Sabah pada Invois Cukai
 
Berdasarkan Akta 762, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, perenggan 33(3)(a), orang berdaftar hendaklah memasukkan nama dan alamat penerima dalam invois cukai atas permintaan penerima. Sehubungan itu, invois cukai (tax invoice) bernilai RM500 dan ke atas yang diterima daripada pembekal diwajibkan menggunakan nama penuh ‘Universiti Malaysia Sabah’ dan alamat seperti yang didaftarkan dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia seperti berikut:
 
Kepada :
Universiti Malaysia Sabah
(diikuti nama Jabatan / Fakulti / Pusat / Institut / Unit / Nama Kakitangan)
 
Alamat UMS Induk:
Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori,  Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah
 
Alamat UMSKAL:
Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Sektor Kewangan,  Aras 4, Bangunan Menara, Jln Sg Pagar, 87000, Labuan, Sabah.
Alamat Fakulti Pertanian Lestari Sandakan:
Fakulti Pertanian Lestari (Kampus Sandakan), Zon Operasi Kewangan Sains, Beg Berkunci No.3, 90000, Sandakan, Sabah
 
 
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 

Pengumuman Daripada: Unit Pengurusan Cukai dan GST, Jabatan Bendahari
Subjek: Kenaan GST Ke Atas Penyaluran Dana/ Sumbangan Bagi Aktiviti Yang Dijalankan Di Universiti Malaysia Sabah
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.    Berdasarkan Pekeliling Bendahari Bil.3/2016 berkenaan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah, secara amnya, GST tidak akan dikenakan ke atas dana ataupun sumbangan yang diterima.  Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat timbal balas (benefit in return) diberikan kepada pihak penyumbang, jumlah sumbangan yang diterima akan dikenakan GST secara inklusif dan jumlah hasil diterima adalah selepas tolak GST.  Antara contoh timbal balas yang dimaksudkan adalah seperti memasukkan nama penyumbang dalam buku aturcara, logo penyumbang diletakkan pada baju/gelas/banner/bunting, pihak UMS memberikan meja makan malam amal dan seumpamanya.
 
03.   Selain daripada itu, dalam keadaan tertentu di mana pihak UMS dikehendaki berbelanja terlebih dahulu dan kemudiannya perbelanjaan tersebut dituntut daripada pihak penyumbang, maka dana tersebut juga akan dikenakan GST.  Sebagai contoh, pihak UMS mengadakan program Universiti yang mana UMS berbelanja terlebih dahulu dan kemudiannya perbelanjaan dituntut daripada Kementerian/Jabatan/Syarikat, tuntutan dana tersebuthendaklah dikenakan GST dan tax invoice mesti dikeluarkan kepada pihak penyumbang melalui Jabatan Bendahari.
 
04.   Sekiranya pihak YBhg. Prof Datuk/ YBrs Prof/ Prof Madya Dr./ Dr/ Tuan/ Puan, mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Puan Azian Binti Mohd Harri di sambungan 1051 ataupun emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Kerjasama YBhg. Prof Datuk/ YBrs Prof/ Prof Madya Dr./ Dr/ Tuan/ Puan, berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Yang ikhlas,
Unit Pengurusan Cukai dan GST
Jabatan Bendahari
Universiti Malaysia Sabah
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Subjek: Makluman Peralihan Kepada Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU)-Kewangan Bagi Universiti Malaysia Sabah
 
Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaras dengan transformasi ke arah Universiti Industri 4.0, maka UMS sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) yang merangkumi semua komponen pengurusan pentadbiran UMS. SMBU-Kewangan adalah merupakan salah satu kluster di dalam SMBU dan akan mengantikan Sistem Kewangan sedia ada di UMS termasuklah Sistem SAGA-Century, Sistem Sokongan i-GST dan Sistem i-Perolehan. SMBU-Kewangan dijangka akan mula digunapakai mulai 01 Mac 2018.
 
Bagi tujuan peralihan data sistem sedia ada  ke SMBU, capaian Sistem SAGA, Sistem Sokongan i-GST dan Sistem i-Perolehan akan digantung bermula pada 16 sehingga 28 Februari 2018.
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan,
dipohon memastikan semua urusan dan dokumentasi berkaitan kewangan seperti Lampiran A hendaklah diselesaikan dan dikemukakan ke Zon Operasi Kewangan J/F/P/I/U masing-masing selewat-lewatnya pada 13 Februari 2018 (Selasa) jam 3.30 petang.
 
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pegawai Bendahari di Zon Operasi Kewangan masing-masing ataupun kakitangan Sektor Pengurusan Sistem Maklumat Kewangan & Perakaunan, Jabatan Bendahari berikut:
 
Cik Saini Binti Mohilap
Penolong Bendahari
No Tel: 088-320000 samb. 1096
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Encik Ikhwan Bin Edinin
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 3295
Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian. Terima kasih
 
BIL
Modul
Aktiviti
Tarikh akhir
1
Aktiviti Bayaran
Kemukakan bil, inbois atau tuntutan  daripada pembekal dan kakitangan
13/2/2018
 (3.30 petang)
Tuntutan pendahuluan kakitangan
13/2/2018
(3.30 petang)
Kelulusan Tuntutan perjalanan  Sistem i-Claim (Fungsi PTJ)
13/2/2018
(3.30 petang)
2
Aktiviti
Perolehan
Permohonan Perolehan Pembelian Terus, Sebut harga B, Sebut harga A dan Tender
13/2/2018
(3.30 petang)
3
Aktiviti Kutipan
Tarikh akhir mengemukakan permohonan inbois
13/2/2018
(3.30 petang)
4
Aktiviti
Akaun Amanah Penyelidikan
Kemukakan permohonan pembukaan akaun amanah/subkod ke Jabatan Bendahari/ZOPPIP/ZHEPA
13/2/2018
(3.30 petang)
 
      Lampiran A : Tarikh-Tarikh Penting Peralihan Sistem SAGA ke SMBU-Kewangan
 
LAMPIRAN A (.pdf)