PENGUMUMAN DARIPADA :    JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PEGAWAI DIHUBUNGI :     CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362)
SUBJEK :     KEMPEN "REVERSE PARKING"
 
 
YBrs. Prof./Dr./ Dr./Tuan/ Puan/Encik/ Cik,
 
KEMPEN "REVERSE PARKING"
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA UMS menggalakkan amalan "reverse parking" atau meletakkan kenderaan secara mengundur di sekitar lot parkir UMS. Dengan amalan ini, ianya akan lebih memudahkan kita untuk mengeluarkan kenderaan apabila berlaku kecemasan. Amalan ini ada disenaraikan di Garis Panduan EKSA UMS.
 
Oleh yang demikian, bersama ini dilampirkan sesalinan poster KEMPEN "REVERSE PARKING" untuk makluman dan tindakan selanjut.
 
Perhatian dan kerjasama dalam menyokong pelaksanaan EKSA ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 
 
Sekian.
 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA:
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK:
NAIKTARAF BANDWITH ANTARA KK-SANDAKAN
 
Dimaklumkan bahawa JTMK telah menaiktaraf bandwith untuk capaian rangkaian/ internet yang menghubungkan antara kampus Kota Kinabalu dan Sandakan.
 
Dengan naiktaraf tersebut kapasiliti capaian oleh warga Sandakan ditingkatkan kepada 80Mbps daripada 30Mbps.
 
Kerja-kerja naiktaraf dan pengujian telah disempurnakan pada 6 September 2017
 
Sebarang makluman lanjutan dan prestasi, sila hubungi Sektor Rangkaian:-
Kota Kinabalu:
  • Encik Abdul Idris @ Abdul Aris Bin Benu : samb 613003
  • Encik Yusof Bin Kamis : samb 613043
Sandakan:
  • Encik Anuar Bin M Nurung : samb 8223