PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN
SUBJEK: BENGKEL BERKAITAN PENGURUSAN RISIKO DAN PENGURUSAN DATA
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak EDUSTATS Solutions bersama FPEP akan mengadakan dua (2) bengkel berkaitan Pengurusan Risiko dan Pengurusan Data pada 11hb November 2016 (Jumaat) ini. Perincian berkenaan bengkel tersebut adalah seperti berikut :

Bengkel 1: Using Simulation for Investment Decision Business Marketing

  • Basic simulation techniques & real case studies of using simulation across various industries
  • Masa:  9.00 pg - 12.00 tgh
  • Tempat:  Makmal Saham, Tingkat 2, Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan

Bengkel 2: Introduction to Dark Data

  • The importance of Dark Data and how it can work for your organization
  • Masa:  2.30 ptg - 5.00 ptg
  • Tempat:  Makmal Saham, Tingkat 2, Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan
Mohon semua yang berminat untuk mengikuti mana-mana bengkel yang dinyatakan di atas memberi maklumbalas kepada urusetia (FPEP, Seksyen P&I) program dan mendaftar pada/sebelum 8hb November 2016 (Selasa).  Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar emel dengan memberi maklumat penuh di bawah:
  1. Nama Penuh peserta:
  2. F/J/P/U/I:
  3. Bengkel yang ingin disertai: (1 / 2 / 1&2)
Sebarang pendaftaran atau pertanyaan boleh rujuk Pn. Hasmawateh Aminuddin (emil Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau call ext:1609) dan Dr. Rini Suryati Sulong (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau call ext:1363).

PENGUMUMAN DARIPADA: KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KEKAUMAS)
SUBJEK: KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PIALA KEKAUMAS 2016

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) akan menganjurkan Kejohanan Boling Berpasukan Piala KEKAUMAS 2016 untuk julung kalinya. Objektif kejohanan ini diadakan supaya dapat mewujudkan budaya gaya hidup sihat dan daya saing di samping ahli-ahli KEKAUMAS serta memberi peluang kepada ahli agar dapat berinteraksi dan bersosial.
 
BUTIRAN PERTANDINGAN:-
 
  • Tarikh Pertandingan: 12 November 2016
  • Tempat: My Bowl, 1 Borneo Hypermall
  • Masa:  9.00 pagi – 2.00 Petang
  • Yuran: RM 60.00 untuk setiap pasukan
  • Syarat Penyertaan: 
  • Terbuka kepada ahli KEKAUMAS sahaja.
  • Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang pemain aktif (tiada had tertentu pemain lelaki atau wanita) dan mesti mewakili Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit yang sama.
  • Setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit boleh menghantar maksimun 2 pasukan.
 
YURAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Pembayaran yuran penyertaan RM 60.00 adalah secara tunai dan perlu diserahkan kepada :
En. Rahmat Bin Kasmin (013-854 0362)
Pn. Zaitun Binti Marjan (012-878 5560)
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada penganjur sebelum atau pada 28 Oktober 2016.
 
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kejohanan ini sila hubungi:
  1. En. Othman Bin Hj  Rawi (012-843 2868)
  2. En. Harun Bin Tambiri ( 010-810 8538) 
 
 Sekian, terima kasih.
 
“SETIA BERSAMA”
 
LAMPIRAN : BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLING

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: MAKLUMAN NAIKTARAF PERKHIDMATAN RANGKAIAN WIRELESS UNIVERSITI
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Kerja-kerja Pengkabelan bagi rangkaian wireless Universiti akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:-
 
LOKASI/BANGUNAN
TEMPOH
MULA
TAMAT
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1 day
Fri 28/10/16
Fri 28/10/16
JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
2 days
Fri 28/10/16
Mon 31/10/16
PUSAT RAWATAN WARGA
2 days
Mon 31/10/16
Tue 1/11/16
PUSAT SUKAN
2 days
Tue 1/11/16
Wed 2/11/16
PPST-ANNEX
2 days
Wed 2/11/16
Thu 3/11/16
PUSAT ISLAM- MASJID
2 days
Wed 2/11/16
Thu 3/11/16
PERPUSTAKAAN
2 days
Fri 4/11/16
Mon 7/11/16
DEWAN RESITAL
3 days
Fri 4/11/16
Tue 8/11/16
DEWAN KULIAH PUSAT
3 days
Mon 7/11/16
Wed 9/11/16
BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
3 days
Wed 9/11/16
Fri 11/11/16
PASCASISWAZAH
3 days
Thu 10/11/16
Mon 14/11/16
DEWAN KULIAH PUSAT 2
4 days
Mon 14/11/16
Thu 17/11/16
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
3 days
Tue 15/11/16
Thu 17/11/16
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
3 days
Fri 18/11/16
Tue 22/11/16
FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN- BLOK SPE
3 days
Fri 18/11/16
Tue 22/11/16
FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN- BLOK SPS
3 days
Wed 23/11/16
Fri 25/11/16
FAKULTI KEJURUTERAAN-BLOK FKJ DAN FKI
5 days
Wed 23/11/16
Tue 29/11/16
FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN- BLOK SSS
3 days
Mon 28/11/16
Wed 30/11/16
FAKULTI SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN
3 days
Wed 30/11/16
Fri 2/12/16
KOLEJ KEDIAMAN KINGFISHER
1 day
Thu 1/12/16
Thu 1/12/16
FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM- BLOK SST
5 days
Mon 5/12/16
Fri 9/12/16
INSTITUT BIOLOGI TROPIKA DAN PEMULIHARAN (IBTP)
3 days
Fri 2/12/16
Tue 6/12/16
INSTITUT PENYELIDIKAN MARIN BORNEO (IPMB)
3 days
Wed 7/12/16
Fri 9/12/16
FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM- BLOK SPTA
3 days
Mon 12/12/16
Wed 14/12/16
FAKULTI PERUBATAN SAINS DAN KESIHATAN
4 days
Mon 12/12/16
Thu 15/12/16
INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI (IPB)
3 days
Wed 14/12/16
Fri 16/12/16
DEWAN CANSELOR
5 days
Fri 16/12/16
Thu 22/12/16
BANGUNAN CANSELORI
5 days
Mon 19/12/16
Fri 23/12/16
 
Kerja-kerja ini adalah bagi menaiktaraf perkhidmatan rangkaian wireless Universiti.
Segala kesulitan amat dikesali.
 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: MAKLUMAN PENAMATAN KONTRAK PEMBERSIHAN
 
Dimaklumkan bahawa kontrak pembersihan akan tamat selepas 31 Oktober 2016 (Isnin). Oleh yang demikian, mohon kerjasama pihak pentadbiran JFPIU untuk memastikan jika ada ruangan yang telah disewakan ataupun digunakan oleh syarikat pembersihan selama ini dikosongkan dan dikembalikan kepada pihak pentadbiran JFPIU dalam keadaan seperti yang asal. Jika ada sebarang kerosakan, pihak pentadbiran JFPIU perlulah memastikan syarikat/ penyewa memperbaiki kerosakan tersebut.
 
Sebarang pertanyaan yang berkaitan bolehlah diajukan kepada kakitangan teknikal JPP yang dilantik di setiap Zon-zon JFPIU ataupun menghubungi JPP di talian 8808.
 
Kerjasama dan perhatian pihak JFPIU didahului dengan ribuan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PERPUSTAKAAN
SUBJEK: PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PADA 29 OKTOBER 2016
 
Kepada  pengguna Perpustakaan yang dihormati,
 
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
  • 29 Oktober 2016 (Sabtu) –  Deepavali
 
 
“PIHAK PERPUSTAKAAN MENGUCAPKAN SELAMAT MEYAMBUT  HARI DEEPAVALI ”
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
atau ezproxy.ums.edu.my/login
 
 
Sekian, Harap Maklum.