Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
Kempen Pemeriksaan PAP SMEAR Secara Percuma Anjuran KESUMBA dan Klinik Kesihatan Likas
Pegawai Dihubungi
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
 
KEMPEN PEMERIKSAAN PAP SMEAR SECARA PERCUMA ANJURAN KESUMBA DAN KLINIK KESIHATAN LIKAS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Kelab Suri rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Likas akan mengadakan Kempen Pemeriksaan Pap Smear secara percuma pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 12 Oktober 2016 (RABU)
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Teratak KESUMBA, UMS
 
3. Ahli KESUMBA dan semua kakitangan wanita UMS adalah dialu-alukan hadir pada program ini bagi mengetahui status kesihatan anda. Terdapat pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah juga sepanjang program ini berlangsung.
 
Sekian. Terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Persatuan Akademik Staf UMS
Subjek
: Kelas Bahasa Perancis (Santai-Santai @ Kopi- Kopi bahasa Perancis)
 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Keluarga UMS.
 
GRATUIT/ PERCUMA
 
PENGUMUMAN DARIPADA PERSATUAN AKADEMIK STAF UMS
 
Kelas bahasa Perancis (Santai-Santai @ Kopi- Kopi bahasa Perancis)
 
Persatuan Akademik Staff UMS akan membuka kelas bahasa Perancis (Santai-Santai Bahasa Perancis atau Kopi-kopi bahasa Perancis).
 
Kelas dibuka: Setiap Rabu bermula 19 Oktober 2016.
 
Masa Kelas Kopi-Kopi Bahasa: jam 5.00pm --- 6.00 pm.
 
Tempat berkopi-kopi bahasa: Akan dimaklumkan secepat mungkin.
 
Jangka Masa berkopi -kopi bahasa : Selama 5 minggu setiap hari Rabu.
 
Kandungan kopi-kopi bahasa: Abjad Perancis, Phonetik Perancis, Angka (nombor ) dalam Perancis, Kata gantinama Perancis, kata kerja mudah, Memperkenalkan diri sendiri, Memperkenalkan orang lain.
 
Objektif: Memahami asas bahasa secara SUKA-SUKA BAHASA. 
 
Jumlah peserta berkopi-kopi: 30 peserta sahaja untuk kumpulan pertama.
 
'SIAPA CEPAT DIA DULUAN BERKOPI-KOPI BERSAMA BAHASA PERANCIS'
 
Cara pendaftaran: 30 perserta pertama terpilih dengan memberikan nama kepada email ini.  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Peserta akan dihubungi melalui email.
 
Sekian dan terima kasih.
 
'KOPI-KOPI KITA BERSAMA PERSATUAN AKADEMIK STAF UMS"
 
Daripada:
AJK  PERKHIDMATAN DAN LIBATSAMA MASYARAKAT  PERSATUAN AKADEMIK STAFF UMS
Monsieur Mohd Nor Azan ABDULLAH (PhD)