PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK
MAKLUMAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN ‘PREVENTIVE MAINTENANCE’ BAGI SEMUA KOMPUTER DESKTOP JENAMA DESKTOP DELL OPTIPLEX 9020, KOMPUTER DESKTOP DIBAWAH TENDER UMS BEN 9/2014
 
Asalamualaikum dan Sejahtera,
         
SELURUH WARGA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
MAKLUMAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN ‘PREVENTIVE MAINTENANCE’ BAGI SEMUA KOMPUTER DESKTOP JENAMA DESKTOP DELL OPTIPLEX 9020, KOMPUTER DESKTOP DIBAWAH TENDER UMS BEN 9/2014
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Adalah dimaklumkan bahawa pihak Syarikat (Borneosys Sdn Bhd) sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan bagi semua komputer desktop jenama Dell Optiplex 9020. Penyelenggaran ini adalah wajib dan perlu dipatuhi seperti yang telah dinyatakan dalam spesifikasi tender ini, penyelenggaraan pencegahan dilakukan bermula dari bulan Julai 2016 sehingga Disember 2016.
 
3.       Sehubungan itu mohon kerjasama tuan/puan yang menggunakan komputer jenama tersebut memastikan komputer sedia untuk dibuat penyelenggaraan dan membenarkan pihak syarikat melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, mohon tuan/puan memastikan pekerja syarikat memakai pas kontraktor/kad kebenaran memasuki kawasan Universiti dan mendatangani borang penyelenggaraan selepas kerja-kerja PM selesai dilakukan serta memastikan komputer dalam keadaan baik.
 
Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN DARIPADA
: UNIT BAHASA INGGERIS, PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
SUBJEK
: KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS UNTUK KAKITANGAN SOKONGAN ‘ENGLISH FOR CAREER ENHANCEMENT’
 
TARIKH KURSUS:
29-30 OGOS 2016
 
TEMPAT:
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
 
YURAN PENYERTAAN:
RM100.00
 
SINOPSIS KURSUS:
Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris untuk Kakitangan Sokongan adalah bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada staf sokongan mengikuti latihan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam tugas seharian mereka. Sebagai golongan yang sebahagian besarnya merupakan ‘frontliners’ atau barisan paling hadapan dalam interaksi antara Universiti dan pihak luar, keupayaan dari segi pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris pada tahap yang memuaskan secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan persepsi positif dan keterlihatan warga UMS di kalangan masyarakat luar.
Kursus ini merupakan satu pakej pembelajaran yang memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran pertuturan, penulisan dan pembacaan dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja. Intipati struktur kursus ini berfokus kepada aspek- aspek penggunaan Bahasa Inggeris yang bersesuaian dengan bidang tugas staf sokongan. Peserta akan didedahkan kepada pemerolehan kemahiran interaksi atau komunikasi verbal, pengembangan kosa kota dan pemantapan kebolehan dalam penulisan  seperti dalam penyediaan surat rasmi, laporan dan minit mesyuarat.   
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn Rose Patsy Tibok (samb. 5311)
Cik Wirawati Ngui (samb.5069)

Pengumuman Daripada
: Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Jemputan Menghadiri Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sabah
 
Y.Bhg. Prof. Datuk/ Datin/ Prof. Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia akan mengadakan Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sabah pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10-11 Ogos 2016 (Rabu - Khamis)
Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS
Penyertaan: Terbuka kepada masyarakat Sabah
 
Antara pengisian yang menarik adalah seperti berikut;
1) Data Recovery Service (mendapatkan semula data yang hilang dalam thumb drive, memory card, hard disc) - PERCUMA
2) Data Sanitization (mencuci data dalam thumb drive, memory card, hard disc secara total tanpa dapat dikesan semula) - PERCUMA
3) Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber - PERCUMA
4) Latihan Teknikal & Keusahawanan MYCSC - PERCUMA (TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA)

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang keterangan serta pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi En. Arif Mandangan (Setiausaha JK Pelaksana) - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian 019-984 7385.

Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof. Datuk/ Datin/ Prof. Dr./ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

PERKARA : PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2016 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara Malaysia akan menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) di UMS bermula pada 15 Ogos 2016 sehingga 26 Ogos 2016.
 
Objektif Pengauditan ini adalah untuk memastikan pengurusan kewangan UMS dijalankan dengan cekap dan teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan. Skop Pengauditan meliputi aspek Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, Pengurusan Aset dan Stor, Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta analisis Penyata Kewangan UMS.
 
Sehubungan itu, adalah diharapkan pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemaskini maklumat berikut di peringkat JFPIU masing-masing bagi memastikan proses pengauditan dijalankan dengan lancar:
1. Buku Vot PTJ/ Penyata Penyesuaian Buku Vot
2. Kawalan Rekod dan Fizikal Aset serta Stor secara menyeluruh
3. Pengurusan Panjar Wang Runcit

- Memastikan baki tunai di tangan sama dengan rekod di Buku Panjar

- Memastikan Transaksi Panjar adalah yang terkini.

- Memastikan wang panjar disimpan di Peti Besi dan di kunci

4. Pengurusan Daftar Bil
- Daftar Bil Pembekal di cetak daripada Sistem SAGA
- Daftar Bil Kakitangan disediakan oleh JFPIU masing-masing.
 
 
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pengauditan yang dijalankan akan dinilai oleh Jabatan Audit Negara dalam membuat penarafan indeks akauntabiliti berasaskan kriteria yang diukur secara objektif dan tahap pematuhan terhadap Peraturan Kewangan Universiti yang berkuatkuasa.
Sebarang pertanyaan berkaitan skop Pengurusan Kewangan tersebut bolehlah berhubung Pegawai Zon Operasi Kewangan masing – masing atau Pegawai Bahagian Audit Dalam UMS atau Pegawai Jabatan Bendahari mengikut bidang pengurusan kewangan seperti berikut:
 
Bil.
Skop Pengurusan
Pegawai dihubungi
 
1.
Buku Vot PTJ/ Penyata Penyesuaian Buku Vot
 
 
1) Pn. Grace Richard
Ext: 1356
 
2) Cik Sarimah Yamin
Ext: 1269
 
2.
Kawalan Rekod dan Fizikal Aset serta Stor secara menyeluruh
 
1) Pn. Ammysiah Severinus,
Ext: 1488
 
2) Pn. Nazrah Umdan
Ext: 1722
 
3.
Pengurusan Panjar Wang Runcit
-Memastikan baki tunai di tangan sama dengan rekod di Buku Panjar
-Memastikan Transaksi Panjar adalah yang terkini.
-Memastikan wang panjar disimpan di Peti Besi dan di kunci
 
Pengurusan Daftar Bil
-Daftar Bil Pembekal di cetak daripada Sistem SAGA
-Daftar Bil Kakitangan disediakan oleh JFPIU masing-masing.
 
 
1) Pn. Muhajirah Hj. Muchlish
Ext: 1068
 
2) Pn. Clare Julius
Ext: 1334
4.
Pegawai Bahagian Audit Dalam
 
1) Pn. Halley Mison
Ext: 1728
 
Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan bagi membolehkan pengauditan ini dijalankan dengan lancar amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Pusat Islam, UMS
Subjek
: Pelawaan Menyertai Ibadah Qurban 2016M/1437H Universiti Malaysia Sabah
 
Ruj. Kami          : UMS/PIUMS 1.1.3/100-16/3/7
Tarikh                : 9hb Ogos 2016M | 6 Zulkaedah 1437H
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PELAWAAN MENYERTAI IBADAH QURBAN 2016M/1437H UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.     Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Aidiladha 1437H/2016M, Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Islam akan mengadakan Ibadah Qurban peringkat UMS seperti maklumat berikut:
 
Tarikh            : 13Hb September 2016M/11 Zulhijjah 1437H (Selasa)
Masa              : 7.30 Pagi
Tempat          : Perkarangan Masjid UMS
Bayaran        : RM550.00/Bahagian (Qurban/Aqiqah)
 
03.     Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai Ibadah Qurban ini. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan Ibadah Qurban seperti di lampiran untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
04.     Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustaz Jimmis Jumaat di talian 088-320 000 samb. 2747 @ H/P: 014-3781928. Tarikh tutup penyertaan dan bayaran adalah sebelum atau pada 2hb September 2016 (Jumaat).
 
Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran pahala dan balasan yang baik daripada Allah S.W.T.
 
Sekian, terima kasih.