Selepas Majlis

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN - Selepas Majlis
1. PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN.
  • Jubah graduan, mortar board dan hood MESTILAH diserahkan kembali di lokasi berikut:
Tarikh
: Dewan Kuliah Pusat Ke-2
Hari
: 23, 24 & 25 November 2019, 9.00 pagi hingga 6.00 petang
: 26-29 & 2 Disember 2019, 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat pemulangan selepas tarikh di atas:
Tempat
: Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik
Hari
: 2 Disember 2019 hingga dipulangkan (Waktu Pejabat sahaja)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
: 2.30 petang hingga 4.30 petang
*Pakaian konvokesyen yang dipulangkan mestilah dalam keadaan baik dan lengkap.
Nota Penting:-
i. Pakaian konvokesyen hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 2 Disember 2019 (Isnin).
ii. Bermula 3 Disember 2019 (Selasa) denda akan dikenakan ke atas kelewatan pemulangan pakaian konvokesyen.
iii. Caj adalah berdasarkan kepada jumlah bilangan hari sehingga pakaian konvokesyen tersebut dipulangkan.
Hari pertama (3 Dis): RM 30.00 (One off) + RM 5.00 (caj kadar sehari) dan hari kedua dan seterusnya : RM5.00 sehari sehingga jubah dikembalikan
 
2. PENGAMBILAN SKROL & TRANSKRIP PELAJAR.
  • Graduan boleh mengambil skrol/transkrip ijazah masing-masing sebaik sahaja sesi Konvokesyen selesai tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah :
i. Menunjukkan resit bayaran konvokesyen.
ii. Pakaian konvokesyen telah diserahkan kembali dengan lengkap dan baik dan menunjukkan slip peminjaman dan pemulangan
 
3. MENGAMBIL SKROL DAN TRANSKRIP BAGI PIHAK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN DEMI KESELAMATAN SKROL DAN TRANSKRIP.
i. Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, pengambilan skrol dan transkrip bagi pihak sebaiknya hendaklah ditugaskan kepada saudara mara yang terdekat jika perlu.
       a. Wakil graduan hendaklah membawa bersama surat kuasa yang ditandatangani oleh graduan dengan menyatakan nama penuh dan
           nombor kad pengenalan wakil serta melampirkan salinan kad pengenalan dan kad pelajar graduan.
       b. Menjadi tanggungjawab graduan sendiri untuk memastikan butir-butir yang dikemukakan dalam surat kuasa adalah sama seperti dalam                      kad pengenalan dan kad pelajar. Skrol tidak akan dikeluarkan sekiranya butir-butir yang dikehendaki tidak lengkap.
        c. Seorang wakil hanya boleh mengambil skrol bagi pihak untuk tidak lebih dari dua orang graduan.
 
4. PROSEDUR SEKIRANYA GRADUAN TIDAK HADIR PADA MAJLIS KONVOKESYEN DAN INGIN MENDAPATKAN SKROL IJAZAH & TRANSKRIP.
Hendaklah mengemukakan Permohonan penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik melalui POSLAJU kepada alamat berikut:
 
1.
Penolong Pendaftar (Unit Pengijazahan)
Bahagian Perkhidmatan Akademik,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-320000 samb.
692117/691255/692115 Faks: 088-320090
Bagi graduan prasiswazah sepenuh masa sahaja
2.
Penolong Pendaftar,
Pusat Pengajian Pascasiswazah,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-321026 Faks: 088-320233
Bagi graduan pascasiswazah sahaja
3.
Penolong Pendaftar,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-320000 samb. 611023/611024
Faks: 088-321372
Bagi graduan perubatan sahaja
4.
Pengarah
Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu,
Universiti Malaysia Sabah,
Aras 1, Pusat Pengajian Pascasiswazah,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-314600/314601
Faks : 088-314606
Bagi graduan PLUMS sahaja
5.
Penolong Pendaftar
Fakulti Psikologi dan Pendidikan,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-320000 samb. 8011 / 2509
Faks: 088-320101
Bagi graduan PPG & PKPBG sahaja

 

6.

Penolong Pendaftar

Fakulti Kejuruteraan

Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Bagi graduan diploma kejuruteraan (Oil & Gas)
 
Sila nyatakan dalam surat anda maklumat berikut:
a) Nama seperti dalam Kad Pengenalan
b) No. Kad Pengenalan
c) No. Pelajar / No. Matrik Pelajar
d) Program
e) Alamat Penuh

Sila sertakan PosLaju Prepaid Envelope (Poslaju National Courier) berwarna BIRU yang boleh dibeli daripada mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia dengan harga RM15.90
 
*Sila ambil perhatian bahawa pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, kelewatan, atau penghantaran ke alamat yang salah yang mungkin berlaku semasa penghantaran.
 
5. KESILAPAN MAKLUMAT DI DALAM IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK.
  • Sebaik sahaja menerima skrol dan transkrip akademik, setiap graduan perlu menyemak dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat di dalam skrol atau transkrip akademik, ianya boleh diganti baharu dengan syarat kesilapan itu adalah berpunca dari pihak universiti dan dilaporkan secara bertulis dengan segera kepada Seksyen Konvokesyen & Rekod Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah.
 
6. KEHILANGAN SKROL IJAZAH.
  • Polisi Universiti Malaysia Sabah telah menetapkan bahawa skrol cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan Skrol yang hilang atau rosak. Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat dan membuat salinan yang mencukupi. Sekiranya skrol hilang dan rosak, pihak kami hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kehilangan skrol graduan.
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.