Select your language

Language

Pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bagi Kakitangan Lantikan Kontrak UMS

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

PENGUMUMAN

 

PELAKSANAAN SKIM LINDUNG 24 JAM -

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

 

YBhg. Prof./Datuk /Datin/Dr./Tuan/Puan ,

 

Bemula 1 Jun 2026, PERKESO telah memperkenalkan dan  menguatkuasa Skim LINDUNG 24 Jam / Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK)  melalui peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) berkuatkuasa penggajian  Jun 2026.

Skim LINDUNG 24 Jam memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan. Skim ini adalah mandatori untuk semua pekerja dengan kadar caruman sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan. Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu:

  • 0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
  • 1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
  • 1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)

Untuk sebarang keterangan lanjut, bolehlah layari laman web rasmi PERKESO di pautan http://www.perkeso.gov.my atau mengunjungi pejabat PERKESO yang berhampiran. Berikut dikongsikan infografik yang berkaitan.

 

 

 

YBhg.Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh menghubungi Sektor Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari di talian 200519 atau melalui e-mel ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..my untuk sebarang pertanyaan berkaitan bayaran caruman skim ini. 

 

Sekian. Terima kasih.

QUICK LINKS

FOR STAF

FOR STUDENT

RELATED LINKS

UMS MAIN CAMPUS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Email: ccc@ums.edu.my

UMS LABUAN CAMPUS

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan, Malaysia
Tel: +(60)87 - 503000
Email: adminkal@ums.edu.my

ums-logo
ums-brain-of-borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Select your language