Select your language

Language

Pelanjutan Tarikh Penyertaan Anugerah Buku Borneo 2026

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum/Salam sejahtera, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
 
2. Merujuk kepada surat hebahan berkaitan penganjuran Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026 bertarikh 4 Jun 2026 yang telah diedarkan sebelum ini, sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan anugerah tersebut sehingga 15 Julai 2026 (Rabu).
 
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMS/penulis adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan masing-masing mengikut kategori yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut berkaitan kategori pencalonan dan syarat penyertaan boleh dirujuk melalui hebahan rasmi atau dengan mengimbas kod QR pada poster yang disertakan.
 
4. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Sekretariat Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026, iaitu Puan Alecia Angati, di talian +6014-6777518 atau melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Kerjasama dan sokongan daripada semua warga UMS dalam menjayakan penganjuran ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

QUICK LINKS

FOR STAF

FOR STUDENT

RELATED LINKS

UMS MAIN CAMPUS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Email: ccc@ums.edu.my

UMS LABUAN CAMPUS

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan, Malaysia
Tel: +(60)87 - 503000
Email: adminkal@ums.edu.my

ums-logo
ums-brain-of-borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Select your language