VISI

Menjadi pusat pengurusan kewangan yang dinamik dan menyokong aspirasi Universiti

MISI

Memperkasakan pengurusan kewangan melalui perkhidmatan yang cekap, berkesan, berintegriti dan berhemah bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF

1. Menawarkan perkhidmatan kewangan dan perakauan yang efisien serta mesra pelanggan dalam persekitaran yang kondusif.

2. Meningkatkan penjanaan pendapatan ke arah kelestarian kewangan universiti.

3. Mengoptimakan penggunaan sumber.

4. Menambahbaik sistem pengurusan kewangan secara berterusan.

 

PIAGAM PELANGGAN​

Kami bertekad akan memberi perkhidmatan yang terbaik secara profesional seperti berikut :

1. Memproses bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen tuntutan yang lengkap diterima daripada pembekal/kakitangan.

2. Memberi sebarang maklumbalas yang di terima dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan lengkap dokumen.

3. Mengeluarkan surat pengesahan bayaran yuran pengajian dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.

4. Mengeluarkan surat pengesahan tajaan pelajar dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.

5. Mengemaskini semua terimaan bayaran tajaan pelajar dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh terimaan direkodkan/diresitkan.

6. Mengemaskini semua terimaan bayaran daripada penaja dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh terimaan direkodkan/diresitkan.