SOALAN LAZIM (FAQS)

S1: Bolehkah saya mendaftar E-DAFTAR jika tidak membayar/ tidak menbayar penuh yuran pengajian?
J1: Pelajar WAJIB untuk menjelaskan sekurang-kuranganya jumlah yuran pendaftaran sebelum mendaftar E-daftar.

Walaubagaimanapun, pelajar dinasihati untuk merancang kaedah pembayaran yuran sehingga pada hari mencetak slip menduduki peperiksaan akhir untuk menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.

S2: Bolehkah saya membayar yuran secara ansuran atau setakat yang mampu?
J2: Ya bagi yuran caj semasa pelajar tempatan, pelajar disarankan merancang kaedah pembayaran yuran dan diberi tempoh sehingga pada hari mencetak slip menduduki peperiksaan akhir bagi mengelakkan bebanan membayar disaat akhir.

S3: Saya belum membayar yuran pengajian. Bolehkah saya mendaftar/melengkapkan e-daftar semasa Hari Pendaftaran Universiti?
J3: Pelajar Baharu Prasiswazah yang belum menjelaskan yuran adalah diberi pengecualian untuk mendaftar /menyelesaikan e-daftar pada Hari Pendaftaran Universiti diberi tempoh untuk merancang kaedah pembayaran yuran sehingga pada hari mencetak slip menduduki peperiksaan akhir untuk menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.

S4: Bagaimanakah saya melengkapkan e-daftar jika saya masih belum membayar yuran pada Hari Pendaftaran?
J4: Pada Hari Pendaftaran Universiti sistem e-daftar akan dibuka untuk memberi laluan kepada pelajar Baharu Prasiswazah yang belum menjelaskan yuran melengkapkan e-daftar. Bagi pelajar yang belum membuat pembayaran yuran, pelajar hanya perlu menekan butang “SKIP” di Langkah 6: Pembayaran Yuran Pengajian bagi meneruskan/melengkapkan proses e-daftar.

S5: Jika pelajar tidak perlu hadir ke UMS secara fizikal memandangkan kuliah adalah secara atas talian, bagaimana dengan yuran asrama yang telah dibayar?
J5: Pelajar boleh berhubung dengan pihak Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH) untuk proses menolak asrama. Pihak Jabatan Bendahari akan memproses discaj yuran asrama dan proses bayaran balik kepada pelajar setelah pengesahan dari PPPH diterima.


S6: Bagaimanakah proses pembayaran balik yuran pengajian bagi pelajar yang menarik diri / berhenti dari pengajian?
J6: Mohon pelajar untuk urus proses menarik diri / berhenti dari pengajian dengan pihak Bahagian Perkhidmatan Akademik. Sila rujuk kelayakan tuntutan bayaran balik dalam Prospektus Prasiswazah di Laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Akademik, http://bpa.ums.edu.my/

S7: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai semasa lapor diri?
J7: TIDAK BOLEH. Pelajar DIWAJIBKAN membuat bayaran secara tunai melalui Bank Islam atau atas talian sebelum melapor diri bagi mengelakkan kesesakan semasa Hari Pendaftaran.

S8: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai di Universiti?
J8: Tidak boleh. UMS telah melancarkan Kampus Tanpa Tunai. Kaunter Jabatan Bendahari hanya akan menerima bayaran melalui Kad Kredit/ Debit, serta melalui aplikasi Maybank QR Pay, Boost dan AliPay sahaja.

UMS akan mengenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM20.00 bagi terimaan TUNAI MELEBIHI RM500.00 yang dibuat di kaunter Jabatan Bendahari.

S9. Semasa saya membuat bayaran atas talian melalui system edaftar, saya mengalami gangguan internet yang menyebabkan bayaran tidak berjaya. Saya mencuba untuk membuat bayaran semula tetapi tidak berjaya. Apa perlu saya buat?
J9. Bayaran yang dibuat melalui system e-daftar tidak boleh mengalami sebarang gangguan. Sekiranya akaun bank pelajar belum dibuat potongan yuran, pelajar dinasihatkan menggunakan kaedah seperti berikut:

        a) Portal e-payment UMS di laman sesawang: https://epayment.ums.edu.my/

        b) Perkhidmatan Jom Pay (Biller code : 65292) dengan memasukkan maklumat berikut:
            i. Rujukan 1: No Matrik
           ii. Rujukan 2: Tujuan Bayaran (contoh: Yuran pengajian)

               • PENTING: Jika pelajar menggunakan kaedah bayaran JOMPAY. Rujukan 1, pelajar WAJIB meletakkan no matrik
                 bagi melancarkan proses kemaskini. [Tanpa “jarak”,"-”, "/" atau apa- apa simbol / titik] ~ CONTOH: BX21111111

        c) Di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
            i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh
               Malaysia.
           ii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia

Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam hari bekerja selepas bayaran dibuat.
Jika akaun bank telah dipotong yuran, mohon pelajar untuk mengemailkan bukti transaksi atas talian, nama, no Mykad dan No matrik ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


S10: Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran Universiti?
J10: Pihak Universiti menyediakan beberapa kaedah bagi tujuan pembayaran Yuran Pendaftaran Universiti iaitu :

        a) Portal e-payment UMS di laman sesawang: https://epayment.ums.edu.my/

        b) Perkhidmatan Jom Pay (Biller code : 65292) dengan memasukkan maklumat berikut:
            i. Rujukan 1: No Matrik
           ii. Rujukan 2: Tujuan Bayaran (contoh: Yuran pengajian)

               • PENTING: Jika pelajar menggunakan kaedah bayaran JOMPAY. Rujukan 1, pelajar WAJIB meletakkan no matrik
                 bagi melancarkan proses kemaskini. [Tanpa “jarak”,"-”, "/" atau apa- apa simbol / titik] ~ CONTOH: BX21111111

        c) Di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
            i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh
               Malaysia.
           ii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia


S11: Apakah MEPS FPX?
J11: MEPS FPX (Financial Process Exchange) adalah payment gateway yang membenarkan anda untuk membuat pembayaran secara atas talian melalui akaun simpanan atau akaun semasa anda. Anda cuma memerlukan talian internet, akaun bank dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX (Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB, Public Bank & Hong Leong Bank). Ia adalah satu proses yang mudah, senang dan selamat.

S12: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS FPX?
J12: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda cuma perlukan akaun Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX untuk menggunakan kemudahan ini.

S13. Saya telah membuat bayar secara atas talian. Bolehkah pihak bendahari mengeluarkan resit rasmi untuk bayaran yang telah dibuat?
J13. Pengesahan penerimaan bayaran secara bersurat akan dikeluarkan bagi membantu urusan pelajar. Mohon hubungi hubungi talian berikut :

        Pelajar Prasiswazah/Asasi/Diploma (Kampus Induk-KK) : 088-320057 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
        Pelajar Kampus Cawangan Labuan :087-503050 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
        Pelajar Kampus Cawangan Sandakan: 089-634000 samb. 310001/310002 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
        Pelajar Pascasiswazah/DPLI : 088-320056 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
        Pelajar PLUMS : 010-8352594 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)


S14. Saya telah tersalah membayar yuran kepada UMS Link. Apa yang perlu saya lakukan?
J14. Pelajar boleh menghubungi nombor 088-487311 / 312 bagi mengesahkan bayaran ini dan mendapatkan bayaran balik dari pihak UMS Link. Pelajar wajib membuat pembayaran ke akaun Universiti Malaysia Sabah.

S15. Saya mendapat tajaan bagi bermula semester 1 (satu). Bolehkan penaja yang menjelaskan bayaran yuran sebelum saya melapor diri?
J15. Boleh. Pelajar dikehendaki menghantar surat tawaran tajaan kepada Bahagian Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari di Aras 3, Bangunan Canselori (Seksyen Tajaan dan Biasiswa Prasisiwazah) untuk membantu pelajar.

S16: Bolehkah saya menghantar surat tawaran tajaan saya melalui pos/email memandangkan saya masih berada di negeri saya dalam tempoh masa ini dan saya mahu menyelesaikan proses e-daftar saya sebelum saya hadir semasa Hari Pendaftaran universiti?
J16: Pelajar boleh mengemailkan surat tawaran tajaan dan surat tawaran UMS ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

S17: Perlukah saya mengemaskini maklumat penaja di dalam system SMPB?
J17: YA. Pelajar perlu mengemaskini maklumat penaja dalam system SMPB. Ianya bertujuan bagi mengelakkan keciciran tuntutan yuran kepada penaja, membolehkan pelajar mendaftar kursus dan tidak ditahan untuk menduduki peperiksaan.

S18: Bagaimana dengan proses pembukaan akaun Bank Islam jika saya adalah pelajar baharu UMS?
J18: Pembukaan akaun bank islam pelajar baharu UMS telah diuruskan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah. Pelajar perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad di seluruh Malaysia untuk membuat pengaktifan akaun simpanan bank dan seterusnya mengambil kad debit (ATM card).

Pelajar perlu membawa dokumen berikut untuk tujuan pengaktifan akaun dan memproses kad debit:
        a) surat tawaran UMS,
        b) Mykad; dan
        c) wang sebanyak RM22.00


S19 : Saya bukan peminjam PTPTN dan tidak berniat membuka akaun Bank Islam. Apakah yang terjadi kepada Akaun Bank Islam saya yang diproses secara “bulk opening”?
J19 : Pelajar tidak perlu hadir ke Bank Islam untuk tujuan mengaktifkan akaun Bank Islam. Akaun pelajar akan diactive/ditutup oleh pihak Bank Islam selepas 6 bulan ianya diwujudkan, jika tidak diaktifkan dalam tempoh tersebut.

S20 : Adakah saya diminta membayar untuk mengaktifkan akaun Bank Islam?
J20: Pelajar cuma perlu menyediakan wang sebanyak RM22.00 untuk tujuan proses kad debit Bank Islam.

S21 : Adakah proses pendaftaran saya terganggu/ dihalang dari mendaftar pada Hari Pendaftaran jika saya belum mengaktifkan akaun Bank Islam?
J21: TIDAK. Akaun Bank Islam tidak memberi kesan semasa Hari Pendaftaran universiti. Pengaktifan Akaun Bank Islam boleh dibuat pada bila-bila masa.

S22: Apa yang saya perlu buat selepas mengaktifkan akaun bank islam?
J22: Pelajar perlu mengemaskini maklumat akaun bank di dalam e-daftar.

S23: Adakah saya perlu mengemaskini maklumat akaun bank di dalam e-daftar jika saya tidak menggunakan akaun bank islam?
J23: YA. Pelajar WAJIB mengemaskini maklumat akaun bank AKTIF yang digunakan oleh pelajar di dalam e-daftar.

S24: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal Buku Bank Islam semasa Hari Pendaftaran?
J24: Tidak perlu, pelajar cuma perlu mengemaskini sendiri maklumat akaun bank dalam Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB).

S25. Bagaimana cara saya membayar yuran menggunakan KWSP?
J25. Pelajar dikehendaki mengisi google form untuk permohonan surat KWSP. Permohonan akan diproses 5 hari dari tarikh permohonan dikemukakan. Surat boleh dituntut di Kaunter Pelajar Prasiswazah, Jabatan Bendahari di Aras 3, Bangunan Canselori selepas hari pendaftaran atau pada bila-bila masa.

Google form boleh di akses dengan mengimbas
 QR code berikut 

S26 : Adakah pihak Bendahari akan memaklumkan kepada pelajar jika Surat tersebut sudah tersedia dan boleh dituntut?
J26: TIDAK. Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 hari dari tarikh dimohon. Pelajar perlu hadir sendiri ke Kaunter Jabatan Bendahari selepas 5 hari dari tarikh permohonan atau pada bila-bila masa untuk menuntut surat tersebut. Sila maklumkan kepada pihak Bendahari jika surat tersebut perlu diemailkan kepada pelajar.

S27 : Adakah pihak Bendahari akan mengirim/pos surat tersebut ke alamat kediaman pelajar?
J27: TIDAK. Pelajar perlu hadir sendiri ke Kaunter Jabatan Bendahari selepas 5 hari dari tarikh permohonan atau pada bila-bila masa untuk menuntut surat tersebut. Sila maklumkan kepada pihak Bendahari jika surat tersebut perlu diemailkan kepada pelajar.

S28: Bagaimanakah proses pengeluaran wang KWSP untuk membayar yuran?
J28: Sila rujuk maklumat lanjut berkaitan prosedur Pengeluaran Pendidikan KWSP di pautan berikut:
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/6356913/Risalah_Pendidikan_words_Maklumat_lanj ut_V01052018_BM_21062018.pdf


S29. Saya ingin membuat pinjaman PTPTN. Apa yang perlu saya lakukan?
J29 : Proses permohonan PTPTN adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Permohonan PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui laman web https://www.ptptn.gov.my

S30. Saya ingin membuat pinjaman PTPTN. Adakan saya wajib memiliki akaun Bank Islam?
J30. Untuk pinjaman PTPTN, pelajar WAJIB memiliki akaun Bank Islam.

S31. Jika saya tidak menduduki asrama adakah yuran asrama saya dipulangkan?
J31. Ya. Pihak Jabatan Bendahari akan memproses discaj yuran asrama dan proses bayaran balik (jika pelajar sudah membayar yuran asrama) kepada pelajar setelah pengesahan dari PPPH diterima.

S32. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan/menuntut semula yuran asrama saya?
J32: Mohon urus proses menolak asrama dengan pihak PPPH dan seterusnya mendapatkan mengesahan dari pihak PPPH. Pihak Jabatan Bendahari akan memproses discaj yuran asrama dan proses bayaran balik kepada pelajar setelah pengesahan dari PPPH diterima. Pembayaran balik akan dibuat terus ke akaun bank pelajar.

S33. Bagaimanakah saya boleh menyemak status yuran pengajian/ yuran yang saya perlu bayar?
J33: Mohon pelajar untuk menyemak lejer pelajar di SMPB : https://smp.ums.edu.my/

S34. PTPTN saya telah dimasukkan ke dalam akaun Bank saya tanpa menolak yuran. Bagaimanakan proses untuk saya membayar yuran?
J34: Pinjaman PTPTN yang telah dikreditkan ke akaun pelajar tanpa tolakan yuran, pelajar perlu membayar sendiri yuran pengajian berdasarkan kaedah bayaran berikut:

        a) Portal e-payment UMS di laman sesawang: https://epayment.ums.edu.my/

        b) Perkhidmatan Jom Pay (Biller code : 65292) dengan memasukkan maklumat berikut:
             i. Rujukan 1: No Matrik
            ii. Rujukan 2: Tujuan Bayaran (contoh: Yuran pengajian)

            • PENTING: Jika pelajar menggunakan kaedah bayaran JOMPAY. Rujukan 1, pelajar WAJIB meletakkan no matrik bagi melancarkan
              proses kemaskini. [Tanpa “jarak”,"-”, "/" atau apa- apa simbol / titik] ~ CONTOH: BX21111111

         c) Di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
             i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh
                Malaysia.
            ii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia


S35. Saya telah membayar yuran pengajian sendiri. Kemudian penaja saya telah membayar yuran pengajian saya bagi semester yang sama. Bagaimanakan saya mendapatkan semula duit pembayaran yuran yang saya telah dahulukan?
J35: Pihak Jabatan Bendahari akan membuat bayaran balik bagi lebihan bayaran yuran ke akaun bank pelajar. Sila pastikan akaun bank pelajar adalah kemaskini dan aktif di dalam sistem SMPB.

S36. Adakah terdapat perubahan kadar yuran atau diskaun bagi yuran pengajian semester 1 sesi 2021/2022?
J36: Yuran pengajian pelajar bagi semester 1 sesi 2021/2022 adalah dicaj mengikut program pengajian pelajar seperti dalam prospektus/surat tawaran universiti pelajar.

Sebarang pengurangan/diskaun akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Mohon pelajar sentiasa cakna dengan makluman terkini dari pihak universiti.

S37. Berapakah kadar yuran semester 1 sesi 2021/2022 saya ?
J37: Mohon pelajar untuk menyemak penyata lejar pelajar di di SMPB : https://smp.ums.edu.my/. Caj yuran semester 1 sesi 2021/2022 telah dicajkan ke lejer pelajar.

S38 : Mengapakan Yuran Asrama masih perlu di bayar sedangkan saya belum lagi mendaftar masuk kolej kediaman dan masih belum hadir secara fizikal ke UMS?
J38: Pelajar boleh membayar yuran asrama semasa atau selepas pelajar mendaftar masuk ke kolej kediaman.

S39 : Saya hanya mahu membayar yuran pengajian sahaja, saya tidak mahu membayar yuran asrama kerana saya belum tinggal dan menggunakan fasiliti asrama?
J39: Ya, pelajar boleh membayar yuran pengajian terlebih dahulu dan hanya menjelaskan yuran asrama semasa atau selepas pelajar mendaftar masuk ke kolej kediaman.

S40: Macamana dengan status pembayaran yuran saya?
J40: Mohon pelajar menyemak sistem SMPB untuk semak penyata pelajar, https://smp.ums.edu.my/

S41: Apa nombor yang boleh saya hubungi kamu berkenaan penyata akaun pelajar saya?
J41: Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke:

Pelajar Prasiswazah/Asasi/Diploma (Kampus Induk-KK) : 088-320057 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pelajar Kampus Cawangan Labuan :087-503050 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pelajar Kampus Cawangan Sandakan: 089-634000 samb. 310001/310002 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pelajar Pascasiswazah/DPLI : 088-320056 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pelajar PLUMS : 010-8352594 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.