Image
Salam Sejahtera dan
Selamat Datang..
Image

Dengan terlaksananya laman sesawang ini, Pusat Jaminan Kualiti (Centre for Quality Assurance – CQA) kini dapat memperluaskan penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara lebih efektif, pantas dan mudah diakses oleh semua pihak. Saya mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke laman ini dan berharap medium ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat dalam mendapatkan maklumat berkaitan jaminan kualiti akademik dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah ditubuhkan pada 27 Januari 2021 melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah Bil. 1/2021 (Kali Ke-96). Penubuhan pusat ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan organisasi selaras dengan misi CQA iaitu memastikan jaminan kualiti akademik dan perkhidmatan dilaksanakan secara sistematik, berintegriti serta memenuhi standard dan keperluan pemegang taruh.

CQA berperanan mengurus dan memantau hal ehwal berkaitan jaminan kualiti, akreditasi program akademik serta pengukuhan kualiti penyampaian perkhidmatan di UMS.

Bahagian Kualiti Akademik dan Akreditasi bertanggungjawab dalam pengurusan kualiti serta akreditasi program prasiswazah dan pascasiswazah di UMS yang kini merangkumi sebanyak 235 program, termasuk program baharu yang telah diluluskan oleh JKPT dan sedang melalui proses mendapatkan Perakuan Akreditasi Sementara.

Sementara itu, Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan memainkan peranan penting dalam memastikan 62 JAFPIB di UMS mematuhi standard Sistem Pengurusan Kualiti serta mengamalkan tadbir urus universiti yang cekap, berkualiti dan berteraskan penambahbaikan berterusan.

Sinergi antara Bahagian Kualiti Akademik dan Akreditasi (BQAA) serta Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (BPQs) menjadi pemacu penting dalam memperkukuh keyakinan pelanggan dan pemegang taruh terhadap kecemerlangan akademik dan kualiti perkhidmatan di UMS.

Akhir kata, saya berharap CQA akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga universiti dan pemegang taruh demi merealisasikan visi serta aspirasi UMS sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dan berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

PROF. MADYA AGNIS SOMBULING
Pengarah
Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)