PENGENALAN

 
KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.
 
  • Sejajar dengan moto "Maju Sehati", KESUMBA mempunyai empat matlamat yang menjadi teras kecemerlangan kelab, iaitu:
  • Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab
  • Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan
  • Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS
  • Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

 

LOGO

Logo KESUMBA
Logo KESUMBA berbentuk dua bulatan. Di atas bulatan luar tertulis nama ringkat Kelab, manakala di bahagian bawahnya ialah Moto Kelab. Sekuntum bunga KESUMBA pula terletak di bahagian dalam bulatan logo.
  • Warna biru: melambangkan suasana kehidupan yang harmoni, yang mencerminkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli dan persekitarannya.
  • Warna kuning: melambangkan suasana ahli yang sentiasa ceria, segar, aktif dan dinamik umpama alam yang sentiasa disinari suria.

 

MOTO

 
Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan.
 
Sejak penubuhan KESUMBA, seramai 180 orang ahli telah berdaftar dan keahlian ini terbuka kepada semua kakitangan wanita dan juga isteri kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Tiga lagi jenis keahlian iaitu Ahli Kehormat, Ahli Bersekutu dan Ahli Gabungan turut ditawarkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perlembagaan KESUMBA.

KESUMBA diterajui oleh seorang Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Penolong Bendahari Kehormat dan tujuh orang ahli Jawatankuasa serta dua orang Pemegang Amanah dan Juruaudit Dalam. Penasihat KESUMBA ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Please publish modules in offcanvas position.