Kunjungan Hormat KESUMBA ke Istana Negeri

 

Pada 9 Disember 2013, seramai 9 orang exco tertinggi Kelab Suri Rumah dan Kakitangan Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) telah mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang Di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlida Datuk R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.


Objektif kunjungan tersebut adalah untuk memperkenalkan barisan exco KESUMBA yang baharu dan menjemput Tun Canselor dan Toh Puan untuk menghadiri Makan Malam Amal Semarak Budi yang akan diadakan pada bulan Mac 2014.


Pada masa sama, pihak KESUMBA juga berkesempatan menerangkan kepada Toh Puan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh KESUMBA pada tahun 2014 seperti aktiviti keagamaan, kebudayaan dan kesukanan.

 

DSC 6425 DSC 6425 DSC 6425DSC 6425

Please publish modules in offcanvas position.