KUNJUNGAN HORMAT DAN ROADSHOW KE UMS-KAL

IMG-20150511-WA0009IMG-20150511-WA0024

Empat exco Kelab Suri dan Staf Wanita (Kesumba) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik pada 11 Mei 2015.

Kunjungan hormat itu diketuai Setiausaha Kehormat Kesumba, Cik Norti Sirin yang mewakili Yang Dipertuanya, Datin Baidah Ibrahim. Kunjungan hormat itu adalah untuk membincangkan aktiviti dan program serta mempromosikan Kelab Kesumba dan Puteri Kesumba kepada kakitangan di Kampus Labuan. Sesi taklimat untuk memperkenalkan Kelab Kesumba telah disampaikan oleh Ketua Biro Penerangan dan Perhubungan, Puan Hayati Salleh Baihaki. Turut hadir adalah Ketua Biro Ekonomi dan Kepenggunaan, Puan Siti Aisya Rainawaty Abd Rashid dan Ketua Puteri Kesumba, Puan Nurul Izza Md Nordin.

Roadshow Puteri Kesumba telah dijalankan bagi mempromosikan Puteri Kesumba kepada semua kakitangan wanita dan isteri kepada kakitangan lelaki di UMS-KAL. Kunjungan hormat dan roadshow ini turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Ibu yang diadakan oleh ahli jawatankuasa KESUMBA UMS-KAL.

Please publish modules in offcanvas position.