UMRAH DAN ZIARAH ANJURAN KESUMBA 2015

11114195 919839201370835 61415864158560936 n 11218516 919839308037491 6311464598561291388 n1

Seramai 9 orang yang terdiri daripada 2 ahli dan 7 ahli keluarga KESUMBA telah mengikuti Umrah dan Ziarah, Mekah dan Madinah yang telah diadakan pada 22 Mac hingga 1 April 2015. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ahli KESUMBA yang beragama islam untuk melakukan umrah di Mekah. Selain daripada program umrah, peserta rombongan juga diberikan pendedahan menziarah Madinah Al-Munawarrah untuk mengetahui sejarah islam dengan lebih lanjut.

Rombongan ini yang telah dikendalikan oleh Travel Agen Assolihin dan dianjurkan oleh Biro Agama dan Kebajikan, KESUMBA. Antara tempat yang dilawati ialah Baitullah, Bukit Arafah, Masjid Ji’ranah, Bukit Annur (Gua Hira’), Masjid Hudaibiah, Rumah Kelahiran Rasullah, Masjid Nabawi, Masjid Quba, Makam Rasullah, Kilang Alquran, Bukit Magnet, Muzium Almadina (Muzium Turkey), Kebun Kurma, Bukit Uhud dan Laut Merah.

11010530 919839364704152 1369128602370625817 n

Lawatan sekitar Mekah

Peserta rombongan telah dibawa ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Makkah. Antaranya, Baitullah untuk mengerjakan umrah, Bukit Arafah, Masjid Ji’ranah untuk bermikat, Bukit Annur (Gua Hira’), Masjid Hudaibiah dan Rumah Kelahiran Rasullah.

Lawatan ke Madinah

Peserta rombongan juga telah dibawa ke Madinah Al-Munawarrah yang mengambil masa 6 jam perjalanan dari Mekah. Dari Hotel Asshaba, peserta dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Sesampai sahaja di Madinah rombongan terus dibawa untuk check in di Hotel Mubarak Al Mazi dan terus solat Isya’ di Masjid Nabawi. Selesai solat, rombongan dibawa terus melawat ke Makam Rasulullah. Pada keesokkan harinya rombongan dibawa melawat ke Masjid Quba dan Kilang Al-Quran. Rombongan turut dibawa melawat ke Bukit Magnet dan Muzium Almadina (Muzium Turkey). Pada hari terakhir, rombongan dibawa melawat Kebun Kurma dan Bukit Uhud sebelum dibawa ke lokasi terakhir lawatan di Laut Merah pada keesokkan harinya.

Please publish modules in offcanvas position.