KESUMBA ANJUR KELAS MEMBUAT BUN DAN PASTRI

11050847 10205192566245751 6664178406772619098 n

Jumaat 10 April – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita, Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) di bawah Biro Ekonomi dan Kepenggunaan hari ini menganjurkan kelas membuat bun dan pastri.

Menurut Ketua Biro, Siti Aysha Rainawaty Abd Rashid, objektif kelas ini adalah untuk berkongsi pengetahuan serta memupuk hubungan yang lebih baik di kalangan ahli-ahlinya sejajar dengan moto kelab ini.

Kelas ini adalah terhad kepada 25 ahli kelab yang berminat untuk mempelajari cara yang betul untuk membuat roti dan pastry. Kelas ini dikendalikan oleh Puan Zuraidah Jamrin yang juga ahli kelab KESUMBA dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS.

Please publish modules in offcanvas position.