KESUMBA HULUR SUMBANGAN PADA TABUNG MANGSA BANJIR UMS

pic1pic2

Jumaat, 9 Januari 2015 - telah berlangsungnya acara ringkas penyerahan cek sumbangan KESUMBA sebanyak RM2000 kpd YBhg. Datuk Naib Canselor utk disalurkan ke Tabung Mangsa Banjir UMS. Cek tersebut telah diserahkan sendiri oleh YBhg. Datin Baidah Ibrahim, YDP KESUMBA dan turut hadir bersama adalah barisan Exco tertinggi KESUMBA. Sememangnya KESUMBA sentiasa menyokong apa jua program UMS terutamanya yang membantu & menyumbang kpd keperluan masyarakat setempat seperti mangsa banjir di Sabah baru-baru ini. Sebelum ini KESUMBA juga telah menyerahkan sumbangan berbentuk makanan kering, air mineral dan lampin pakai buang kepada mangsa banjir di Kota Belud, Sabah. Sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan derma dan sumbangan ahli-ahli KESUMBA sendiri.

Please publish modules in offcanvas position.