KESUMBA AGIH SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR KOTA BELUD

10888603 10153018855509791 1972036450849521106 n10897984 10153018855504791 8134320522788621083 n

SELASA, 06 JANUARI - Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab kepada komuniti setempat, Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) telah mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir yang melanda daerah Kota Belud baru-baru ini.

Sejumlah RM4,000 sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti air mineral, makanan kering, lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan orang dewasa telah disumbangkan.

Menurut Biro Ekonomi dan Kepenggunaan kelab tersebut, Siti Aisya Rainawaty Abd Rashid, barangan sumbangan tersebut telah dibawa oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS ke pusat perpindahan Dewan Tun Said Kota Belud.

Tambahnya bantuan tersebut turut diagihkan ke dua pusat perpindahan iaitu di Kampung Taun Gusi dan Sekolah Chung Hwa Kota Belud.

Please publish modules in offcanvas position.