Kanser servik adalah kanser kedua membunuh wanita Malaysia selepas kanser payu dara.
Atas keprihatinan tersebut, KESUMBA telah menganjurkan Kempen Pemeriksaan Pap Smear dan Pemeriksaan Payu Dara Secara Percuma pada 28 September 2015 di Teratak KESUMBA. Kempen ini adalah inisiatif dari Puteri KESUMBA dengan kerjasama Klinik Kesihatan Likas.
Kempen ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada staf wanita UMS tentang kepentingan memahami kanser servik dan kanser payudara dengan melakukan pengesanan awal agar dapat mencegah dari menghidap kedua-dua kanser ini.