PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021


DSC 1092

FENOMENA KESUMBA!

 

Buat julung-julung kalinya, Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) telah mengadakan pertandingan persahabatan Sukan Integrasi dengan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut [BAKAT (L)] di Pangkalan TLDM Sepanggar pada 19 April 2014. Aktiviti ini dilaksanakan oleh Biro Sukan, Sosial dan Rekreasi yang diketuai oleh Dr Dyg Maryama Ag. Daud.

Pada pertandingan tersebut, sebanyak lima acara dipertandingkan iaitu Hoki Geladak, Futsal, Badminton, Bola Jaring dan Bola Tampar. Semua pemain telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan dan lawan KESUMBA iaitu BAKAT (L) nyata telah menurunkan pemain mereka yang sangat hebat.

 

KESUMBA telah mencipta fenomena apabila memenangi tiga acara iaitu Futsal dengan mata (10-0), Badminton (3-2) dan Bola Jaring (11-10). Turut memeriahkan dan menceriakan setiap acara adalah pasukan sorak KESUMBA yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan laungan semangat kepada pasukan KESUMBA.

 

Acara ini juga telah diserikan dengan kehadiran YDP KESUMBA, Y.Bhg. Datin Baidah Ibrahim dan Pengerusi BAKAT Laut Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK),Yang Berbahagia Datin Ir. Nor Aisyah bt Mohamed Nasri.

 

Dalam ucapan perasmian penutupan beliau, Datin Baidah berharap agar sukan ini dapat menjadi landasan untuk ahli KESUMBA mengeratkan silaturahim, bertukar-tukar fikiran, berkongsi pandangan dan idea yang boleh membawa manafaat bersama kepada KESUMBA. Adalah diharapkan dengan aktiviti sukan integrasi ini dapat menjalinkan hubungan dan jalinan kerjasama antara ahli-ahli KESUMBA dan agensi luar.

Please publish modules in offcanvas position.