| Malaysian Daily News |
| Warta Oriental |
| The Sabah Post |
| The Sabah Times |
| Sabah News Today |
| Labuan News |
| Berita Sabah |
| Free Malaysia News |
| The Borneo Times |
| The Borneo Mail |
14 Nov, 2022
26 Oct, 2022
13 Sep, 2022

Associate Professor Dr. Jurry Foo
Centre for Co-Curriculum and Student Development
Director
Let's take a look through our source of articles regarding the activities, event and news related to the Centre for Co-Curriculum and Student Development, Universiti Malaysia Sabah
EnterUMS Co-Curricular objectives.
Students respond information regarding co-curricular activities.
Youtube
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : (+6088) 329032
(+6088) 320000 ext. 206500
Email : pkpp[at]ums.edu.my
TERM OF USE | DISCLAIMER | PRIVACY POLICY | SECURITY POLICY | COPYRIGHT POLICY
| Malaysian Daily News |
| Warta Oriental |
| The Sabah Post |
| The Sabah Times |
| Sabah News Today |
| Labuan News |
| Berita Sabah |
| Free Malaysia News |
| The Borneo Times |
| The Borneo Mail |
RASMI: Kasim menyempurnakan gimik pelancaran logo KARKUMS bersempena dengan 30 tahun penubuhan UMS.
KOTA KINABALU: Graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek merupakan aset negara yang diperlukan untuk memacu kemajuan pembangunan negara dan mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, ia sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Pendidikan Tinggi Berkualiti, Insan Cemerlang, Negara Sejahtera.
“Amatlah jelas hasrat negara dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan terdidik bukan hanya cemerlang dalam akademik, tetapi turut cemerlang sahsiahnya.
“Justeru itu, UMS melalui Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar telah menawarkan kursus-kursus yang memfokuskan potensi pelajar dalam mengasah bakat dan kemahiran insaniah para pelajar melalui silibus kursus yang sesuai dan program-program yang dianjurkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Karnival Kokurikulum UMS (KARKUMS) Sesi 1 2023/2024 di Dewan Canselor, UMS.
Kasim berkata, salah satu inisiatif yang dilakukan adalah melalui Karnival Inovasi dengan tema 'Inovasi Mudah dan Realistik'.
“Menerusi inisiatif ini, pelajar diberi pendedahan tentang inovasi dengan bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah.
“Usaha ini merupakan inisiatif yang baik untuk membuka mata pelajar dalam inovasi dan memberi peluang kepada mereka untuk berfikir secara kreatif sejajar dengan slogan UMS Peneraju Masyarakat Berinovatif,” katanya.
Melalui penganjuran KARKUMS juga katanya para pelajar berpeluang mempamerkan hasil pembelajaran mereka di meja pameran masing-masing dengan penuh kreatif dan ceria.
“Dengan bertemakan kebudayaan dan tradisional, semangat cintakan warisan budaya dapat dipupuk dalam kalangan pelajar, selari dengan slogan Karnival Kokurikulum kali ini iaitu 'Pembudayaan Tradisi Warisan Bangsa, Melestari Jati Diri Sejati'," katanya.
Pada majlis itu, Kasim turut menyempurnakan pelancaran logo KARKUMS bersempena dengan 30 tahun penubuhan UMS.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Jurry Foo; dan Pengarah Program KARKUMS, Awang Ku Syaiffudinsah Awang Ku Zainuddin.
Article Link
| Utusan Borneo |
Registeration for presentation will be open at 8.00 am, 21 April 2021 (Wednesday)
Program bersama Jabatan Perikanan
Oleh: Profesor Madya Dr. Jurry Foo (jurryfm@ums.edu.my)
UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif dalam menerapkan konsep ESG dalam pengajaran dan pembelajaran kursus kokurikulum berkredit sebagai usaha membentuk masyarakat bertanggungjawab terhadap kesejahteraan sejagat.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS menghasilkan modul UMSSPRINT-ESG (Modul Mahasiswa Prihatin UMS Alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus).
Universiti berperanan dalam mengajar nilai ESG dengan mewujudkan persekitaran inklusif yang menghormati perspektif yang berbeza, menggalakkan tadbir urus beretika sebagai pemimpin masa depan melalui pendidikan.
Batik for SocietyModul UMS-SPRINT: ESG
ESG dalam ekosistem pendidikan adalah cara mendidik masyarakat menghargai alam sekitar dalam mencapai pembangunan mapan. Penerapan nilai ESG dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan keseimbangan antara tindakan manusia dan alam semula jadi, menggalakkan amalan mesra alam serta memupuk sikap mengutamakan tanggungjawab sosial, keterangkuman dan kepelbagaian.
memfokuskan kepada peningkatan kemahiran insaniah pelajar di samping memberi manfaat bersama dengan komuniti dan rakan pelaksana, serta pembudayaan konsep ESG dalam aktiviti kemasyarakatan. Ini selaras dengan prinsip kelestarian alam sekitar, impak sosial, dan tadbir urus beretika.
Program penanaman pokok
Sebanyak 21 program telah dirancang dan dilaksanakan dilaksanakan pada fasa 1 pelaksanaan modul ini. Misalnya program PLANTASIA dan Kebun LESTARI yang menumpukan kepada nilai alam sekitar, Program Batik for Society dan Program Jelajah 3M yang berfokus kepada nilai sosial dan program pengenalan sistem Tagal yang menyentuh nilai tadbir urus khusus kepada pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti.
Modul ini penting dalam membentuk masyarakat yang prihatin kepada kesejahteraan sejagat dari aspek alam sekitar, sosial dan pengurusan, kerana mahasiswa adalah bakal peneraju kepimpinan pada masa akan datang, iaitu sebagai perancang dan pembuat keputusan untuk bangsa dan negara. Bakal pemimpin ini perlu dibekalkan dengan kebolehan mengurus dan menangani isu alam sekitar dan sosial seperti perubahan iklim, kemiskinan, jantina dan ketidaksamaan sosial, keselamatan data dan privasi yang rencam.
Article Link
| Borneo Daily Bulletin |