Training of Trainers Workshop is a workshop organized by the University Malaysia Sabah Student Centre For Co-curriculum and Student Development for participants comprising trainers for co-curriculum courses.

The main objective of this workshop is to provide an early exposure on the application of soft skills in the co-curricular course emphasized by the PKPP in addition to providing an explanation of academic affairs (syllabus and scoring).

Workshop participants were also briefed on risk management and safety during student classes and student activities (UMS SPRINT) being held.

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar berusaha memenuhi hasrat universiti dalam melahirkan mahasiswa cemerlang melalui pendidikan yang seimbang dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara. Secara fokusnya, PKPP komited membangunkan minda pelajar yang cemerlang, membentuk jatidiri yang unggul serta membina kemahiran insaniah yang kompeten dan mempunyai daya saing yang kompetitif. Bagi merealisasikan matlamat ini PKPP menggariskan beberapa strategi perkhidmatan:

  • Metode pembelajaran kursus secara intergratif. Penerapan elemen pembangunan kemahiran insaniah, Pembentukan sahsiah, personaliti dan jatidiri serta peluasan aktiviti kepimpinan, kemasyarakatan dan hubungan komuniti.
  • Pembangunan disiplin, pengamalan sikap toleransi bagi menjaga keharmonian      hubungan etnik antara kaum dan bangsa di kalangan mahasiswa Universiti
  • Pencernaan dan penonjolan bakat, potensi dan kemahiran individu diperingkat IPTA, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
  • Pengembangan dan peluasan ilmu serta peluang mengadakan interaksi komuniti dan intelek dalam berbagai peringkat.

PKPP komited dalam memberi perkhidmatan berikut untuk kepentingan pelajar dalam membangunkan bakat dan potensi :

  • Seminar/Bengkel Pembangunan Kemahiran Insaniah
  • Diskusi Intelek bersama tokoh akademik/korporat
  • Penganjuran Karnival Kokurikulum pada setiap semester.
  • Penganjuran aktiviti pemajuan pelajar dalam semua bidang pembelajaran kursus kokurikulum termasuk kepimpinan dan kemasyarakatan.
  • Penganjuran program huluran komuniti dan Kemasyarakatan UMS-SiswaPrihatin (UMS-SPRINT)
  • Kemudahan Galeri Seni pelajar kokurikulum.
  • Penganjuran Kem Pembangunan Kemahiran Insaniah 
  • Penggunaan Prasarana: Dewan Bankuasi, Dewan Canselor, Dataran DC dan Laman Graduan
  • Kelab-Kelab Elit kokurikulum bagi bidang-bidang terpilih.
  • Kumpulan Brass Band UMS-Drumline
  • Mencungkil bakat dalam bidang Sukan, Kesenian, Kreativiti dan Kepimpinan melalui kursus kokurikulum yang ditawarkan.