Persidangan Jaminan Kualiti 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Aturcara Persidangan Jaminan Kualiti 2024

 

YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

PELAWAAN PENYERTAAN DALAM PERSIDANGAN JAMINAN KUALITI TAHUN 2024 ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Dengan segala hormatnya, izinkan saya menarik perhatian pihak YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas

 

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Persidangan Jaminan Kualiti 2024 bertemakan “Kecemerlangan Kualiti Memacu Prestasi Organisasi”. Persidangan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dengan penyertaan daripada kalangan sektor awam, swasta, Universiti Awam dan Swasta. Untuk makluman pihak YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan, persidangan ini akan menjadi platform dalam usaha untuk memperkasakan kualiti akademik dan perkhidmatan.

 

3.        Sehubungan itu, pihak Universiti Malaysia Sabah amat berbesar hati mempelawa pihak YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan atau wakil untuk menghadiri persidangan ini mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh

:

28-29 Mei 2024 (Selasa-Rabu)

Masa

:

8.00 Pagi – 4.25 Petang

Tempat

:

Hotel Promenade, Kota Kinabalu

 

4.           Mohon kerjasama daripada pihak YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan juga agar dapat mewar-warkan perkara ini dengan jabatan lain di agensi YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan poster, atur cara Majlis Perasmian dan tentatif acara persidangan  untuk perhatian YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.

 

4.        Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://forms.office.com/r/imLkd6FCNq. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan boleh berhubung terus dengan pihak sekretariat persidangan kami seperti berikut:

 

  1. Encik Agus Subandy Suabir (Tel: 017-8388187 / Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Cik Aevenna Petrus (Tel: 011-36145538 / Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.