Pengumuman Daripada | : Institut Penyelidikan Marin Borneo |
Subjek | : Persidangan International Conference on Marine Science and Aquaculture (ICOMSA) 2017 |

Persidangan tahunan International Conference on Marine Science and Aquaculture (ICOMSA 2017) anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2017, bertempat di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
Tema ICOMSA 2017 ialah ‘New Frontier in Sustainable Marine Bioresources’, dengan dua belas sub-tema spesifik meliputi bidang yang luas termasuk perladangan dan pengeluaran akuakultur, warna lautan & penderiaan jarak jauh, oseanografi dan pesisir pantai, polisi & undang-undang, makanan & pemakanan, hasil produk semulajadi marin, dan ekopelancongan marin. Sub-tema tersebut adalah penting bagi Malaysia di mana perkhidmatan ekosistem marin memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi, serta mempunyai industri akuakultur yang berkembang pesat dan penggunaan makanan laut yang tinggi.
Ucaptama persidangan akan disampaikan oleh Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais diikuti oleh ucapan dari tiga plenari terkemuka:
Plenari 1: Prof. Dr. M. Zamri Saad
Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Plenari 2: Dr. Rodelio F. Subade
Profesor 12 dan Saintis U.P. 3, Division of Social Sciences,
University of the Philippines Visayas, Filipina
Plenari 3: Prof. Katuyuki Hamasaki
Tokyo University of Marine Science and Technology, Jepun
Plenary 4: Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman
Institut Agroteknologi Lestari, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
Lebih dari 100 peserta dari pelbagai universiti dan institusi dalam dan luar Malaysia telah mengesahkan kehadiran dan akan berkongsi hasil kajian yang terkini dalam bidang masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami http://www.ums.edu.my/ipmbv2/icomsa, atau hubungi sekretariat persidangan (Dr. Mohd Tamrin Mohd Lal) di 088-320000 samb. 2602.