Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Jemputan ke Taklimat Geran Oleh Malaysian Technology Development Corporation MTDC
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan mengadakan satu program taklimat mengenai jenis-jenis dana yang ditawarkan oleh MTDC pada ketetapan berikut: 
 
Tarikh
: 16 November 2016 (Rabu)
Masa
: 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat
: Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) UMS
 
Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk menghadiri taklimat tersebut. Pengesahan kehadiran hendaklah dimaklumkan kepada pihak Urusetia melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 11 November 2016 (Jumaat). Dilampirkan tentatif program untuk rujukan selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mohon berhubung terus dengan Dr. Azaze @ Azizi Hj. Abdul Adis, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., (samb. 1171) atau Cik Audrey Rose Andrew, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., samb. 1039. 
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Islam UMS
Subjek
Roadshow dan Hari Bertemu Pelanggan PIUMS Bil. 3/2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Roadshow Bil 3/2016 seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh
: 11 November 2016 (Jumaat)
Masa
: 8.00am - 11.30am
Tempat
: 1Megalab Perpustakaan, UMS
 
Untuk makluman, pelbagai pengisian akan dilaksanakan pada hari tersebut seperti Bicara Ilmu, Penerangan Perkhidmatan PIUMS, Klinik Tahsin al-Fatihah, Klinik Zakat, Pameran Aktiviti, Jualan Yassin/Wakaf dan Cabutan Tiket Bertuah.
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat meluangkan masa bersama-sama kami dan menghebahkan perkara ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Keprihatinan dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Islam UMS
Subjek
: Seminar Keluarga Bahagia Siri 3
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS dengan kerjasama Jabatan Bendahari UMS akan menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia Siri 3 sempena "KARNIVAL CINTA RASUL" pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh
: 15 Disember 2016 (Khamis)
Masa
: 8.00 Pagi - 3.15 Petang
Tempat
: Masjid UMS
Yuran Penyertaan
: RM5.00 (Pelajar)
: RM10.00 (Kakitangan UMS)
: RM15.00 (Orang Awam)
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai seminar tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan Karnival Cinta Rasul UMS 2016. Sebarang pertanyaan mengenai karnival ini, boleh berhubung dengan kakitangan pejabat Pusat Islam di talian: 088-320000 - samb. 2743/ 2742.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Aturcara (.docx)
 

Pengumuman daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai dihubungi
: Urus Setia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065
Subjek
: Taklimat Dana Penyelidikan Newton Ungku Omar Akademi Sains Malaysia
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita bersama ini dilampirkan nota bagi taklimat dan garis panduan Dana Penyelidikan Newton Ungku Omar Akademi Sains Malaysia untuk perhatian dan rujukan selanjutnya di pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan
 
Sekian, terima kasih.