Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Bahagian Perkhidmatan Akademik , Jabatan Pendaftar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan, bagi mencapai tujuan tersebut tuan/puan dipohon untuk memberi maklum balas dan cadangan dengan melengkapkan borang soal selidik ini.
 
Berikut pautan Kod QR E-Rating:
 
Berikut pautan Kod QR Kajian Kepuasan Pelanggan:

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) mempelawa pelajar dan kakitangan UMS, pengedar kenderaan dan ejen jual nombor pendaftaran kenderaan untuk menjadi ejen nombor plat UMS.

Sila imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH "DARI KESEDARAN KE TINDAKAN: MEWUJUDKAN RUANG KERJA SELAMAT DARIPADA GANGGUAN SEKSUAL"
 
Tarikh : 23 Julai 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi 
Kaedah : Live langsung dari Laman Web FPT (https://www.ums.edu.my/fpt/) atau Laman Web FB FPT (https://www.facebook.com/tropicalforest.ums/)
Penceramah : Cik Maslina binti Saiba, Penolong Pendaftar, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah
 
Kehadiran YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan dan Penyelidikan

 

Untuk makluman, hanya tinggal 3 (tiga) hari lagi sebelum tarikh tutup permohonan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 2 Tahun 2024 di bawah dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi
 
Sehubungan dengan itu, ahli akademik UMS boleh membuat permohonan melalui Sistem MyGRANTS sebelum atau pada 24 Julai 2024 (Rabu). Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan dana penyelidikan yang dapat membantu dalam merealisasikan projek-projek inovatif dan bermanfaat.
 
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Puan Hetty Hazwani Dzulkipli (Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / No. Telefon : 013-8852373) atau Puan Annie Juko (Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / No. Telefon : 016-8400646)
 
Sekian dan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan (Dynamics Engineering Supplies) akan menjalankan kerja-kerja pemangkasan kanopi dan penjarangan pokok di Jalan Banjaran (Dari Simpang Kompleks Sukan ke Simpang Bulatan Menara Jam).

Sebahagian jalan raya akan ditutup bagi memberi ruang bagi kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan (rujuk jadual kerja seperti berikut).

Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan, sebarang aktiviti riadah, P&P pengguna jalan raya di kawasan yang terlibat, dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian dan harap maklum.

 

KAWASAN

TARIKH MULA

TARIKH SIAP

ZON A

17 Julai 2024

26 Julai 2024

ZON B

1 Julai 2024

2 Ogos 2024

ZON C

3 Ogos 2024

17 Ogos 2024

ZON D

10 Ogos 2024

23 Ogos 2024

 

Berikut adalah zon lokasi yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.