Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Jom....Tunjukkan bakat anda dalam "Photography"....Hadiah lumayan disediakan oleh Pusat Pengurusan EcoCampus selaku penganjur rasmi pertandingan🌿. Penyertaan bermula dari 11 Sept hingga 04 Okt 2024 dan terhad kepada Pelajar UMS sahaja (Pra dan Pasca)🌿Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk meraih kemenangan dengan kenangan gambar-gambar terbaik tahun 2024 ini.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian dan terima kasih.
 
 

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan
 
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para inovator dari Universiti Malaysia Sabah atas kejayaan dalam Pertandingan Carnival Research and Innovation (CRI) 2024 yang telah berlangsung pada 8 dan 9 September 2024 bertempat di Dewan Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan.

Keputusan:
4 pingat Emas, 1 Perak, dan 3 Anugerah Khas.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput anak-anak kakitangan UMS yang berminat untuk menghadiri Kursus Chef Cilik pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 19 September 2024 (Khamis)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
 
Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
 
Bagi yang berminat, boleh mendaftar hanya dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera di poster.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput anak-anak kakitangan UMS yang berminat untuk menghadiri Kursus Perintis Sains Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 18 September 2024 (Rabu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
 
Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
 
Bagi yang berminat, boleh mendaftar hanya dengan mengimbas QR Kod seperti yang tertera di poster.
 
Sekian, terima kasih.

 

Announcement From: UMS Library

 

🎉 The MALAYSIA NATIONAL ONLINE QUIZ 2024 is here again! You have until 31 October 2024 to join in the fun and stand a chance to win amazing prizes! 🎁
 
📱 Access the quiz:
https://bit.ly/EmeraldMalaysiaNQ2024
 
Good luck! 😉
 
#EmeraldOnlineQuiz2024
#MalaysiaNationalOnlineQuiz2024
#EmeraldPublishing
#UMSLibrary